FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, June 1, 2009

TIPS NAK KEMAS JAHIT CUFF TANGAN PANJANG ( Ummu sekadar nak menunjukkan tips bagaimana gam dan seterika diperlukan dalam mengemaskan jahitan cuff. Tapi kaedah untuk buat cuff boleh rujuk sumber lain. Atau di izinkan Allah kita buka topik lain pula yaa.)

kebarung7044
Gosok cuff yang dibuat dari ‘kain keras bergam’ pada kain.
kebarung7047
Sapukan gam dibahagian hujung cuff.
kebarung7048
Gosok lebihan lipatan kain ke arah bahagian yang bersapu gam.
kebarung7051
Hasilnya, kepanasan seterika akan melekatkan gam pada lebihan kain tadi dan ia akan nampak melekat kemas.
kebarung7083
Selepas itu kita jahit tindih mesin pada bahagian yang bergam tadi.
kebarung7085
Kemudian cantumkan lapisan kain dan jahit keliling cuff tadi perlahan-lahan.
kebarung7086
Setelah itu kita buat kekemasan dengan menggunting lebihan kain yang tidak diperlukan.
kebarung7087
Setelah diterbalikkan kita jahit tindih mesin( Jahitan ini untuk sementara jadi gunakan mata kia yang besar sekali agar mudah dibuka semula) Tujuan jahit tindih mesin ini ialah supaya bila kita pasang cuff ini pada lengan kain cuff itu tak senget-senget. Malah ia berada dalam kedudukan sempurna. Nak elak berkedut-kedut jugalah.
kebarung7088
Haa macam tu lah rupanya jahitan tindih mesin sementara. Gunakan mata kia lagi besar lagi bagus sebab lagi besar lagi mudah nak buka semula.
kebarung7089
Selepas selesai kita buat tanda jahitan untuk sambung pada lengan menggunakan kapur.
kebarung7090
Ini hasilnya cuff yang dah siap menunggu untuk dipasang ke lengan baju.
kebarung7034
Sebelum itu kita sediakan pula tulang untuk belahan lengan. Ummu memang dah sediakan pakai kertas keras. Puas dah kena conteng-conteng tu dan umur kertas ni dah 4 tahun kot. Jadi bila nak buat tak payah nak lukis-lukis lagi. Dah dijadikan stok untuk puluhan baju …. Jadi mana-mana kotak milo ke, kotak susu ke simpan….. macam-macam boleh guna.
kebarung7060
Setelah tulang untuk belah lengan di buat dari ‘kain keras bergam’ siap maka hendaklah kita seterikakan dia bagi lekat atas kain putih tu.
kebarung7061
Kemudian, macam cuff tadi lah juga. Sapu gam dihujung nya.
kebarung7062
Gosoklah bahagian bergam bagi dia melekat.
kebarung7063
Terbalikkan dan gosok lagi.
kebarung7065
Buat kekemasan dengan memotong lebihan kain yang tak diperlukan dan tinggalkan basi ½ inci sahaja
kebarung7066
Lipat kedalam lebihan kain tadi.Gosok sikit bagi nampak tanda lipatan.
kebarung7070
Sapukan gam pada bekas lipatan.
kebarung7071
Gosok bahagian lipatan yang bersapu gam.
kebarung7072
Hasilnya nampak kemas.
kebarung7074
Bahagian hujung tulang perlu juga dikemaskan.
kebarung7075
Lipat dan gosok dengan seterika. Boleh gunakan gam untuk melekatkan lipatan dia.
kebarung7077
Inilah hasilnya dari bahagian dalam.
kebarung7076
Ini pula hasil dilihat dari hadapan.
kebarung7108
Nak mulakan menjahit pada bahagian tulang belahan kita perlu jahit bahagian pelapik dengan meletakkan cebisan kain lapik dibahagian dalam belahan kain.
kebarung7109
Terbalikkan dan kemaskan dengan jahit tindih mesin.
kebarung7110
Bahagian tulang kita hanya perlu selitkan aje tulang tersebut tanpa was-was lagi.
kebarung7111
Terus jahit .
kebarung7112
Bahagian hujung kena hati-hati. Kalau anda rasa tak mahir pin dengan jarum peniti dulu. Tapi Ummu terus aje jahit.
kebarung7113
Belahan tangan Ummu buat 5½ inci. Jadi bila nak matikan jahitan (nak coner) Ummu ukur 5 in lah.
kebarung7114
Jadi kita conerlah jahitan mesin tu atas tanda kapur
kebarung7129
Lepas tu pasang lah cuff. Jahit ikut tanda kapur.
kebarung7181
Inilah baju sekolah yang Ummu dah jahit.Tengoklah kemeja Angah yang depan sekali tu labuh dari kemeja kawan anak Ummu kat belakang. Tapi terlupa pulak nak tampal kocek. Heee nanti kita tunggu tips memasang kocek pulak yaa.


Ummu mohon maaf kalau ada sesiapa yang tak faham dengan penerangan ini. Setakad ini sahaja yang termampu Ummu lakarkan dan berkongsi ilmu. Bukan nak tunjuk pandai. Sekadar nak berkongsi rahsia. Mungkin anda juga ada rahsia tersendiri kalau sudi bolehlah berkongsi bersama-sama kami dalam bidang jahitan ini.

1 comments:

Milky Way said...

aduh kak, gamba dah takde...takleh saya nak buat reference utk jahit cuff...pening kepala dah niiiii...mana pi gambaq niii

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya