FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, June 1, 2009

Ummu tak tahu nak panggil istilah apa dengan benda alah ini. Ada orang menggelarkan dia pipping, kun, lis, kain potong serong, bias dan macam-macam leee. Sampai kita pun dah tak tahu mana satu nak guna pakai. Kalau pergi kedai cakap nak beli kun tak semua penjual paham. Sebab sesetengah mereka juga ada menggunakan istilah pelbagai. Malas nak cari istilah sebenarnya. Tapi ummu guna pakai aje lah istilah ‘kun’ kat sini. Ummu terpanggil nak share tips pasang kun pada baju kurung ini sebab sepanjang ummu menjahit ramai anak-anak muda jumpa ummu minta panduan jahit kun ni. Sebenarnya ummu pun kurang arif semasa mula menceburi bidang jaitan ini. Tapi lama kelamaan berbekalkan pengalaman ummu mula mahir sikit. Itu pun pada mulanya asyik buka balik aje jahitan sebab susah nak dapatkan jarak jahitan yang sesuai dan kemas. Disini apa yang boleh memahirkan kita ialah kekerapan mencuba. Jangan cepat putus asa dan rajin cuba, cuba dan cuba hingga mahir.

Bagi orang yang nak mula menjahit kun ini ummu cadangkan mereka janganlah potong kun itu untuk dibahagi dua. Sebab selagi tak cekap dalam mengontrol mesin perkara ini akan meyulitkan kerana kun dah kecil dan tangan tak mahir maka kesulitan akan timbul nanti. Jadi untuk mereka yang baru ummu cadangkan kun tersebut dilipat dua kemudian gosok dengan seterika. Hanya yang sudah mahir aje sesuai memotong kun itu sekurang-kurangnya cara ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan kita.

kebarung7040
Belah dua kun tersebut
kebarung7041
Jahit kun pada badan baju. Belahan potong letak mengadap disebelah basi tepi badan baju. Letak betul-betul dan jangan tarik kun semasa menjahit. Nanti jahitan berkedut.
kebarung7044
Kemahiran dalam mengontrol mesin amat diperlukan ketika hendak mengawal jarak jahitan. Biasanya jarak antara 1/8 inci.
kebarung7057
Ambil bahagian cantuman tangan dan pesak. Tandakan behagian tengah tangan. Letakkan bahagian tengah tangan dengan bahagian tengah badan baju. Bahagian badan baju ada kun disebelah atas manakala bahagian tangan dan pesak dibawah.Mulakan jahit ikut jahitan garisan mesin kun tadi.
kebarung7056
Pastikan setiap bahagian mencantum badan baju dan pesak mengikut garisan jahitan kun.
kebarung7058
Selesai mencantum badan kedua-dua belah, terbalikkan dan jahit tindih mesin atas badan baju bersebelahan kun. Pastikan jahitan mata kianya halus dan kemas.
kebarung7073
Siap. Soory gambar agak blurrr…

BAGAIMAN PULA DENGAN LEHER BERKUN?

OK dibahagian ini pun masing-masing pun mempunyai pelbagai cara. Ada yang pasang kun dileher dan dilapik pula sebelah dalam dengan pelapik leher atau kain tissu. Tapi Ummu lebih gemar tak menggunakan sebarang pelapik. Hanya menggunakan kun sahaja dan setelah selesai sebelah dalamnya nanti ummu akan jahit sembat susup bagi mengelakkan lebihan kun itu terbuka.

kebarung7046
Jahit perlahan-lahan dan cermat. Ummu biasanya mula dihujung belahan kanan leher dibawa keleling leher dan berhenti dihujun sebelah kiri leher.
kebarung7045
Mulakan jahitan dari tengah belahan leher baju.
Jangan ditarik kun tersebut agar jahitan tidak berkedut.
kebarung7047
Terbalikkan dan pin keseluruhan kun yang mengeliling leher tadi.
kebarung7053
Potong kemas semua lebihan kain bahagian leher yang terlebih bertujuan agar hasil jahitan kun tak bergitu tebal dan menggulung. Lebihan kun jangan dipotong. Nanti nipis pulak hasil kun leher nya.
kebarung7060
Unuk menggelak kun nya terbuka-terbuka jahit sembat susup. Jahit kena kemas teratur dan jangan terlalu menerik benang. Takut berkedut hasil jahitannya pula.
kebarung7050
Jahit tindih mesin pada sebelah kun tadi. Pastikan mata kia halus dan kemas. Mula dari hujung belahan leher kanan di bawa keliling hingga hujung belahan leher kiri.
GAMBAR ANTARA LEHER YANG SUDAH DIPASANG KUN…
kebarung7085
kebarung7083kebarung7074

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya