FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Friday, October 30, 2009

CINTA TU INDAH

ROSES YANG MENGHARUM!!!!!!

Free Pics Free Image Hosting Cute PicsFree Image Hosting Funny Pics Flower Pictures

MENGUSIK JIWA


Tuesday, October 27, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran


Semua orang mempunyai buah kegemaran masing-masing. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semualajadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan. Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli

- Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar.
- Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.
- Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama.
- Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian.
- Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika.
- Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu.
- Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.


2. Buah-buahan tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas

- Kamu sukakan pengalaman yang baru.
- Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh.
- Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif.
- Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu.
- Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.
- Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu.
- Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri.
- Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling.
- Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok
.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear

- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.
- Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup.
- Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.
- Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki.
- Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain.
- Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu.
- Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik.
- Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.
- Melambangkan seorang individu yang berhati-hati.


5. Buah-buahan jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato

- Kamu gemarkan party dan keseronokan.
- Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah.
- Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman.
- Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan yang berperasa lain daripada yang lain.
- Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri.
- Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.


6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2

- Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah-ubah tanpa sebab.
- Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu.
- Kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia.
- Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya.
- Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.


7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur

- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dariapa yang mampu manusia lihat. --- Kamu sering berperasaan curiga.
- Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman.
- Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. -- Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang.
- Cenderung pada warna2 yang pelbagai.
- Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah-buahan kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. So...renung-renungkanlah ya....
kedit tuk...http://farizul0809.blogspot.com/

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.

Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilainilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras.Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat
padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Kalau nak tahu bila bulan hijrah, anda dilahirkan....
jengah-jengahlah ke web nie.

http://daawah.com/islam/hari/hijrahconvert.shtm
kedit http://farizul0809.blogspot.com/

Sunday, October 11, 2009

:: Antara Orang-Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat ::


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

~ .. ~

~ kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.~

http://blogs.iium.edu.my/norasita

KELEBIHAN SOLAT TARAWIKH



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

1
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

http://suemiezi.blogspot.com/

Thursday, October 8, 2009

:: Bagaimana Menyempurnakan Niat Dalam Sembahyang ::


Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat juga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut riwayat yang shahîh daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim ada disebutkan, bahawa manusia itu senantiasa tertanya-tanya. Dari pertanyaan siapakah yang menjadikan makhluk ini, sampailah kepada : Siapa pula yang menjadikan Allah ? Maka barangsiapa menemukan hal semacam itu, hendaklah dia membaca :

Maksudnya : “Aku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.”

Al-Ustaz Abu al-Hasan as-Syazali pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan :

Ertinya : “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada kekurangan, yang Maha menciptakan sekalian makluk dan yang Maha Melakukan (apa yang dikehendakiNya)”.

Dibaca sebanyak tujuh kali. Kemudian dibaca pula :

Tafsirnya : “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu ( dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”

(Surah Ibrahim : 19-20)

Amalan tersebut bolehlah dilakukan sebelum seseorang mengangkat takbîratul ihrâm.

Demikianlah di antara amalan-amalan dan do’a-do’a yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik.

Apabila penyakit was-was sudah hilang, mak dipelajari pula cara menyempurnakan niat ketika takbîratul ihrâm.

Menyebut satu persatu di dalam hati “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat tunai/qadha’ mengikut imam/menjadi imam kerana Allah Ta’ala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala. Yang dituntut hanyalah qashd (aku sembahyang), ta’aruddh (fardhu) dan ta’yin (Zuhur, Ashar dan sebagainya).

Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.

Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku’ umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

Begitu juga dengan imam yang tidak berniat mejadi imam ketika takbîratul ihrâm atau ketika mengerjakan rukun yang lain, walaupun tidak membatalkan sembahyang tetapi tidak beroleh pahala berjemaah.

Manakala niat “Kerana Allah Ta’ala” juga tidak disyaratkan, bahkan hanya disunatkan sahaja. Namun tidak menjadi kesalahan untuk menghadirkan kesemuanya ke dalam hati jika mampu berbuat begitu.

Untuk lebih jelasnya, apabila seseorang hendak mengerjakan sembahyang Zuhur umpamanya, hendaklah dia menumpukan betul-betul dan menghadirkan dalam hatinya ataupun mengarahkan kemahuannya bahawa dia akan mengerjakan sembahyang fardhu Zuhur (qashd, ta’arrudh dan tayin) sebelum dia mengangkat takbîratul ihrâm. Maka ketika itu sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, iaitu :

Dalam pada itu. dihadirkan ke dalam hatinya atau diarahkan kemahuan di dalam kalbunya makna lafaz niat yang diucapkannya, iaitu : “Aku sembahyang fardhu Zuhur”. Apabila telah hadir di dalam hatinya, maka tatkala itu ucapkan dengan lidahnya: “Allahu Akbar”, sambil dikekalkan makna lafaz niat itu di dalam hati, dalam jangka jarak mengucapkan “Allahu Akbar”.

Bagi sembahyang fardhu Jumaat ditambah satu lagi, iaitu berniat menjadi imam atau menjadi makmum. Sebagai contoh :

Ertinya :“Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat menjadi makmum”.

Jika tidak diniatkan menjadi imam atau menjadi makmum ketika takbîratul ihrâm, nescaya tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Bagi sembahyang Qashar, perkara-perkara yang manjadi tuntutan yang mesti disertakan ketika takbîratul ihrâm ialah qashad (aku sembahyang) ta’arrudh (fardhu), ta`yin (Zuhur) dan qasar.

Maka apabila keempat-empat perkara tersebut disatukan jadilah seperti berikut :

Ertinya : “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur qashar.”

Sementara bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat ketika takbîratul ihrâm dua perkara, iaitu qashad (aku sembahyang) ta’yin (sunat Hari Raya Adhha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

Termasuk juga dalam perkara ini, menentukan qabliyah dan ba’diyah dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sunat Zuhur, Maghrib dan ‘Isya, seperti dinyatakan dalam niat : “Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah.

Adapun sunat Subuh dan `Ashar tidaklah disyaratkan menentukan qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut tidak terdapat padanya melainkan sunat qabliyah sahaja.

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbîratul ihrâm satu perkara sahaja iaitu qashad. Umpamanya seseorang berniat ketika takbîratul ihrâm (Allâhu Akbar) : “Sahaja aku sembahyang”.

Begitulah kaedah bagi menyempurnakan niat di dalam sembahyang untuk panduan agar kita dapat menyempurnakan niat itu dengan betul dan akan terhindar daripada berasa was-was terutamanya ketika takbîratul ihrâm.

~ source: al-Hadaf ~

kreditnya kat sini... http://blogs.iium.edu.my/norasita/


HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya