FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Thursday, October 8, 2009

:: Bagaimana Menyempurnakan Niat Dalam Sembahyang ::


Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat juga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut riwayat yang shahîh daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim ada disebutkan, bahawa manusia itu senantiasa tertanya-tanya. Dari pertanyaan siapakah yang menjadikan makhluk ini, sampailah kepada : Siapa pula yang menjadikan Allah ? Maka barangsiapa menemukan hal semacam itu, hendaklah dia membaca :

Maksudnya : “Aku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.”

Al-Ustaz Abu al-Hasan as-Syazali pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan :

Ertinya : “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada kekurangan, yang Maha menciptakan sekalian makluk dan yang Maha Melakukan (apa yang dikehendakiNya)”.

Dibaca sebanyak tujuh kali. Kemudian dibaca pula :

Tafsirnya : “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu ( dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”

(Surah Ibrahim : 19-20)

Amalan tersebut bolehlah dilakukan sebelum seseorang mengangkat takbîratul ihrâm.

Demikianlah di antara amalan-amalan dan do’a-do’a yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik.

Apabila penyakit was-was sudah hilang, mak dipelajari pula cara menyempurnakan niat ketika takbîratul ihrâm.

Menyebut satu persatu di dalam hati “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat tunai/qadha’ mengikut imam/menjadi imam kerana Allah Ta’ala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala” tidaklah dituntut untuk menghadirkan niat itu satu persatu ke dalam hati sebagaimana contoh di atas, iaitu bermula dari kalimat ’sahaja aku’ sehingga ‘kerana Allah Taala. Yang dituntut hanyalah qashd (aku sembahyang), ta’aruddh (fardhu) dan ta’yin (Zuhur, Ashar dan sebagainya).

Adapun niat imam atau makmum ketika takbîratul ihrâm hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang selain daripada Jumaat tidaklah disyaratkan, bahkan hanya disunatkan.

Jika seseorang makmun tidak berniat mengikut imam ketika takbîratul ihrâm pada sembahyang fardhu selain daripada fardhu Jumaat, dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, ketika ruku’ umpamanya. Akan tetapi makruh dia berbuat begitu dan dia tidak mendapat pahala berjemaah melainkan setelah dia berniat mengikut imam.

Begitu juga dengan imam yang tidak berniat mejadi imam ketika takbîratul ihrâm atau ketika mengerjakan rukun yang lain, walaupun tidak membatalkan sembahyang tetapi tidak beroleh pahala berjemaah.

Manakala niat “Kerana Allah Ta’ala” juga tidak disyaratkan, bahkan hanya disunatkan sahaja. Namun tidak menjadi kesalahan untuk menghadirkan kesemuanya ke dalam hati jika mampu berbuat begitu.

Untuk lebih jelasnya, apabila seseorang hendak mengerjakan sembahyang Zuhur umpamanya, hendaklah dia menumpukan betul-betul dan menghadirkan dalam hatinya ataupun mengarahkan kemahuannya bahawa dia akan mengerjakan sembahyang fardhu Zuhur (qashd, ta’arrudh dan tayin) sebelum dia mengangkat takbîratul ihrâm. Maka ketika itu sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, iaitu :

Dalam pada itu. dihadirkan ke dalam hatinya atau diarahkan kemahuan di dalam kalbunya makna lafaz niat yang diucapkannya, iaitu : “Aku sembahyang fardhu Zuhur”. Apabila telah hadir di dalam hatinya, maka tatkala itu ucapkan dengan lidahnya: “Allahu Akbar”, sambil dikekalkan makna lafaz niat itu di dalam hati, dalam jangka jarak mengucapkan “Allahu Akbar”.

Bagi sembahyang fardhu Jumaat ditambah satu lagi, iaitu berniat menjadi imam atau menjadi makmum. Sebagai contoh :

Ertinya :“Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat menjadi makmum”.

Jika tidak diniatkan menjadi imam atau menjadi makmum ketika takbîratul ihrâm, nescaya tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Bagi sembahyang Qashar, perkara-perkara yang manjadi tuntutan yang mesti disertakan ketika takbîratul ihrâm ialah qashad (aku sembahyang) ta’arrudh (fardhu), ta`yin (Zuhur) dan qasar.

Maka apabila keempat-empat perkara tersebut disatukan jadilah seperti berikut :

Ertinya : “Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur qashar.”

Sementara bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat ketika takbîratul ihrâm dua perkara, iaitu qashad (aku sembahyang) ta’yin (sunat Hari Raya Adhha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

Termasuk juga dalam perkara ini, menentukan qabliyah dan ba’diyah dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sunat Zuhur, Maghrib dan ‘Isya, seperti dinyatakan dalam niat : “Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah.

Adapun sunat Subuh dan `Ashar tidaklah disyaratkan menentukan qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut tidak terdapat padanya melainkan sunat qabliyah sahaja.

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbîratul ihrâm satu perkara sahaja iaitu qashad. Umpamanya seseorang berniat ketika takbîratul ihrâm (Allâhu Akbar) : “Sahaja aku sembahyang”.

Begitulah kaedah bagi menyempurnakan niat di dalam sembahyang untuk panduan agar kita dapat menyempurnakan niat itu dengan betul dan akan terhindar daripada berasa was-was terutamanya ketika takbîratul ihrâm.

~ source: al-Hadaf ~

kreditnya kat sini... http://blogs.iium.edu.my/norasita/


0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya