FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Saturday, April 25, 2009

Berhati-hati Menggunakan Pewarna Rambut...


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Di akhir-akhir ini ramai para remaja dan belia kita yang mewarnakan rambut mereka dengan warna yang bermacam-macam sehingga menjadi satu trend atau gaya terbaru. Apakah trend atau gaya mewarna rambut sebegini dibolehkan dalam syara‘ atau pun sebaliknya? Jika sekiranya dibolehkan, apakah garis panduan yang ditetapkan oleh syara‘ mengenainya?

Bolehkah Mewarna Rambut?

Mewarna rambut yang beruban dengan warna kuning atau merah adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Begitu juga janggut yang beruban. (Al-Majmu‘: 1/360-362). Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya“Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarna (rambut dan janggut mereka yang beruban, oleh kerana itu) kamu buatlah kelainan daripada mereka (dengan mewarna rambut dan janggut kamu yang beruban).”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Adapun rambut yang tidak beruban adalah sayugianya dikekalkan atau dibiarkan sebagaimana asalnya tanpa perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu hajat untuk mewarnakannya seperti untuk tujuan perubatan.

Mewarna Rambut Dengan Warna Hitam

Bagaimanapun, mewarna rambut dengan warna hitam sama ada bagi lelaki atau perempuan adalah diharamkan. Daripada Jabir radhiallahu ‘anhukatanya:

Maksudnya“Pada hari penaklukkan Mekkah, Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya yang berwarna putih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: “Tukarlah ini (rambut dan janggut) dengan sesuatu (yang lain), tetapi jauhilah (dari menggunakan) warna hitam”.

(Hadis riwayat Muslim)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma pula meriwayatkan bahawa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya“Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarna rambut dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka itu tidak akan dapat mencium bau syurga”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dua hadis yang tersebut di atas, maka adalah haram mewarna rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan.

Walaubagaimana pun diberi kelonggaran bagi orang yang keluar berjihad menggunakan warna hitam sekiranya ia bertujuan untuk menakutkan musuh. Begitu juga diberi kelonggaran kepada wanita yang bersuami menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suaminya. (Al-Majmu‘: 1/360-362 dan Bughyah al-Mustarsyidin: 78)

Pewarna Rambut Yang Terdapat Di Pasaran

Pewarna rambut yang terdapat di pasaran sewajarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna tersebut mempunyai cap perkataan HALAL oleh negara pengeluar.

Setakat manakah keharusan menggunakan bahan pewarna tersebut dan apakah ia tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar, perkara tersebut tidak dapat dipastikan dengan yakin. Oleh kerana itu, hendaklah berhati-hati dalam menggunakannya.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu’). Ini bererti air yang bersih wajib sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu’. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tiadalah sah mandi hadas dan wudhu’ itu. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhu’nya itu tidak terangkat.

Dari itu, sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut (menghalang air sampai ke rambut) adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air dari sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Meniru Trend Dan Gaya Orang Bukan Islam

Perbuatan mewarna rambut kerana meniru trend dan gaya penampilan orang-orang bukan Islam adalah tidak bersesuaian dengan prinsip akhlak agama Islam, sebagaimana yang kita lihat akhir-akhir ini ianya menjadi ikutan di kalangan anak-anak remaja bahkan belia-belia Islam zaman sekarang. Meniru trend atau gaya orang bukan Islam adalah dilarang kerana perbuatan tersebut akan menjadikannya tergolong dalam kumpulan tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam ada bersabda:

Maksudnya“Sesiapa yang menyerupai/meniru sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah menyerupai mereka (orang yang bukan Islam) dari sudut penampilan zahiriyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggap kelakuan orang bukan Islam itu satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukan kelakuan orang bukan Islam itu.

Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi satu kebiasaan kepada dirinya. Jika ini berlaku akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang bukan Islam itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa bertujuan meniru perbuatan mereka itu demi menjaga iman dan akidah umat Islam daripada terjerumus ke arah perkara yang boleh membawa kepada kekufurran.Wal‘iyadzubillah.

Kesimpulannya mewarna uban yang tedapat di kepala adalah sunat sama ada bagi lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah bukan warna hitam. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan warna hitam sekiranya ianya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Begitu juga, perempuan diberi kelonggaran menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suami itu.

Tanda atau logo HALAL yang dicap pada pewarna rambut yang terdapat di pasaran bukanlah suatu jaminan bahawa pewarna rambut itu tidak akan menghalang air sampai ke rambut sekalipun ia suci. Oleh itu, adalah lebih selamat tidak menggunakannya atau dipastikan terlebih dahulu dengan yakin agar kita terhindar dari perkara yang syubhah atau yang samar-samar demi memelihara kesucian agama, sesuai dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan, ketahuilah ia adalah hati.”

(Hadis riwayat Muslim)

Pewarna yang jelas selamat lagi harus ialah seumpama ‘inai’.


Haram Makan Ulat Besar-Besar yang banyak ada Kat Serawak tu...

Ulat Mulong Itu Haram

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makansi-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445. 

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Friday, April 24, 2009

Apa itu Gamat...

APA ITU GAMAT

GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, beberntuk seakan-akan timun dan cempedak.  Dianggarkan terdapat sebanyak 1100 spesis timun laut di dunia tetapi hanya lebih kurang 50 spesis sahaja yang boleh dijumpai di perairan Malaysia.

Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain.  Tetapi spesis timun laut yang benar-benar asli dan bermutu tinggi serta paling berkhasiat berwarna kuning keemasan - dikenali sebagai Gamat Emas atau nama saintifiknya STICHOPUS HORRENS.

Habitat gamat pada waktu siang ialah suka menyembunyikan diri di celah-celah batu karang.  Ia aktif pada waktu malam dan terpaksa menyelam sedalam 60-70 kaki untuk mendapatkannya pada waktu malam.  Saiznya sebesar tapak tangan.  Gamat paling besar sepanjang satu kaki.  Saiz gamat berbeza mengijut tempat dan paras laut.  Misalnya gamat di Pulau Langkawi, Kedah, saiznya kecil kerana lebih terdedah kepada pencemaran dan tekanan berbanding saiz gamat yang diperolehi di Pulau Pangkor, Perak yang lebih besar.

Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia.  Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut.  Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat.  Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.

Gamat mempunyai nilai terapeutik (keupayaan menyembuh / merawat) yang baik.  Oleh itu, potensi untuk dikomersialkan dalam bidang perawatan moden dan kosmetik, khasnya sangat luas.  Jika kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barangan gamat seperti air ibu gamat, ibu gamat kering, minyak gamat, bedak gamat, balm gamat dan sebagainya.  Bagaimanapun, kerana bau hanyir dan rasa masin, ramai pengguna ubatan gamat kurang sanggup untuk meminum atau memakannya dan ada yang termuntah.

Berdasarkan kajian saintifik dan maklumbalas pesakit, gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secaara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa.  Selain itu, kajian juga menunjukkan ia dapat meningkatkan daya pertahanan badan dan mengurangkan penyakit alahan.

Sesungguhnya gamat emas merupakan augerah alam yang begitu unik yang berupaya mengubati beberapa jenis penyakit dengan dos yang tepat khususnya ulser

Produk Gamat Emas...

Sabun Gamat 3 ketul x 100gm => RM27.00


*Diformulasikan secara saintifik menggabungkan ekstrak gamat untuk penjagaan kulit yang lebih sihat.
*Ianya melembap dan menghaluskan kulit untuk memberikan rasa nyaman dan segar sentiasa.

Disyorkan utk masalah kulit:
- Gatal-gatal Badan
- Panau, Exzema
- Jerawat
- Kulit terlalu kering
- juga sesuai dijadikan sabun mandi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif (mudah kena gatal2 kulit seperti ruam di leher)

Kandungan:
Ekstrak Gamat Tulen, Bahan Pewarna dan Pewangi yang dibenarkan

Pencuci Muka Gamat 100 ml => RM19.50


*Formulasi saintifik ini menggunakan ekstrak gamat bagi mencuci dan membersihkan kulit muka agar lebih anjal, cantik dan lembut berseri.
*Ia mudah meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak.
*Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Kebaikan:
Formula saintifik menggunakan gamat mampu membersihkan muka dengan lebih sempurna dan membangkitkan kulit muka yang anjal, cantik dan lembut berseri. Ia meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak. Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Disyorkan untu masalah muka:
- Jeragat
- Jerawat
- Kulit Terlalu Berminyak

Kandungan:
Ekstrak gamat yang ditulenkan, ekstrak rumpai laut, cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA dan Air Nyah-Ion

Krim Gamat 60ml => RM30.00



*Diformulasikan dengan ekstrak Gamat, Aloe Vera dan Vitamin E untuk memelihara kecantikan kulit di samping membantu menyembuhkan luka.
*Ekstrak gamat yang kaya dengan kandungan kolagen dan elastin dapat membantu menjana kegebuan dan keanjalan kulit.
*Sesuai digunakan pada muka untuk memelihara kulit muka.

Kebaikan:
Sejak turun temurun air gamat telah digunakan untuk memelihara kecantikan kulit disamping membantu menyembuhkan luka dan kesan gigitan. Ekstrak gamat kaya dengan kandungan kolagen dan elastin dapat menbantu menjana kegebuan dan keanjalan kulit. Krim gamat ini diperkaya dengan Ekstrak Gamat, Aloe Vera dan Vitamin E sesuai untuk penjagaan kulit yang cantik berseri. Ia juga sesuai digunakan pada muka untuk memelihara kulit muka.

Disyorkan untuk masalah berikut:
- Alahan kulit
- Angin ahmar/stroke
- Bengkak/Bisul
- Bedah & Luka
- Bersalin/Keputihan
- Campak/Cacar air
- Jerawat/Jeragat
- Kayap, Kurap, Panau/Kulit kering/bersisik
- Keguguran Rambut/Botak
- Parut/Ruam/Selulit/Tumit

Kandungan:
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Asid Stearik, Metilparaben, Isopropil palmitat, Imidazolidinil urea, Aloe Vera dan Vitamin E

Lain2 Produk Gamatemas:

Gel Gamat 60ml => RM28



*Diformulasikan dari ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin dan mineral.
*Membantu melindungi kulit daripada agen persekitaran yang berbahaya serta menguat, melicin dan melembutkan kulit.
*Ia juga dipercayai berkesan ke atas luka, gigitan serangga dan ulser.

Kandungan:
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Metilparaben, Karbomer, Allantoin, ekstrak Teh Hijau dan Air Nyah-Ion

Losyen Badan Gamat 175ml => RM15



*Diformulasikan secara saintifik mengandungi kolagen dari pati gamat.
*Diperkaya dengan vitamin A dan asid buah-buahan untuk melembut dan menghaluskan kulit serta mengatasi masalah kulit kering agar kulit lebih sihat dan cantik berseri.

Kandungan:
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Vitamin A, Asid Sitrik, Metilparaben, Butil paraben dan Air Nyah-Ion

Gel Mandian Gamat 200ml => RM21



*Diformulasikan khas mengandungi kolagen dari Pati Gamat tulen.
*Membantu mengekalkan kelembutan, kelembapan dan keanjalan kulit.
*Ia membersih rapi dan sesuai untuk penjagaan kulit yang sihat dan cantik di samping membuatkan anda merasa segar dan nyaman sentiasa.

Kandungan:
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Asid Sitrik, Pantenol dan Air Nyah-Ion

Syampu Rambut Gamat 200ml => RM18



*Diformulasikan untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang sihat.
*Mengandungi ekstrak gamat yang dirumuskan dengan pelembap untuk penjagaan rambut yang optima membuatkannya lebih bermaya, lembut dan mudah diurus.

Disyorkan untuk masalah:
- Keguguran Rambut
- Kelemumur
- Stress (Pening Kepala/Panas)

Kandungan:
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Menthol, D-Pantenol dan Air Nyah-Ion

Ubat Gigi Orogard 100gm => RM12



*Menggabungkan formulasi terkini kombinasi alami yang mencakupi faedah bagi penjagaan mulut, gusi, gigi dan tekak secara berkesan.
*Membantu mencegah kerosakan dan karies gigi, plak gigi, tartar, gigi sensitif, penyakit gusi, nafas berbau serta jangkitan gusi dan mulut.

Kandungan:
Isomalt, ekstrak Gamat, ekstrak Kayu Sugi, Sodium Monofluorofostat, perisa Spearmint, Sorbitol, Sodium Saccharin, Gliserin, Silika, Sodium Benzoat, pewarna Gred Biru dan Air
   

Produk Berasaskan Gamat..

Pencuci Muka Gamat 100 ml => RM19.50


*Formulasi saintifik ini menggunakan ekstrak gamat bagi mencuci dan membersihkan kulit muka agar lebih anjal, cantik dan lembut berseri.
*Ia mudah meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak.
*Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Kebaikan:
Formula saintifik menggunakan gamat mampu membersihkan muka dengan lebih sempurna dan membangkitkan kulit muka yang anjal, cantik dan lembut berseri. Ia meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak. Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Disyorkan untu masalah muka:
- Jeragat
- Jerawat
- Kulit Terlalu Berminyak

Kandungan:
Ekstrak gamat yang ditulenkan, ekstrak rumpai laut, cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA dan Air Nyah-Ion 

Produk Signature HerbaScience.

Jus Al Qur'ma Pati Asli
Harga : RM39.90 sebotol




Quote:
PATI AL-QUR’MA PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT!
Khasiatnya:

AMAT SESUAI UNTUK MENGATASI MASALAH :

Asma/Lelah.
Demam.
Panas Baran.
Malas Solat.
Usus Berkuman.
Cepat letih.
Batuk.
Lemah Dalam Pelajaran.
Meningkatkan IQ.
Mudah Melahirkan Anak.
Tumpah Darah.
Sakit Saraf.
Tekanan Darah Rendah.
Stress.
Lemah Otot.
Anak Hyperactive.
Degil.
Anak Melawan.
Sembelit.
Migran.
IQ Rendah.


ADAB PENGGUNAAN

1. BACA “BISMILLAH”
2. 2 SUDU PAGI / MALAM –DEWASA
1 SUDU PAGI / MALAM - KANAK-KANAK
3. NIAT DALAM HATI MASALAH YANG DIHADAPI

SEBAIK-BAIKNYA :
SELAWAT 3 KALI
BACA SURAH AL-FATIHAH
NIAT DALAM HATI MASALAH YANG DIHADAP1

CUBALAH PATI AL-QUR’MA! RASAILAH PERBEZAANNYA!

Wednesday, April 22, 2009

Solat 5 Waktu Yang Kita Amalkan...

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:wajah yang cantik 
2: duit yang banyak 
3:kesihatan yang baik 
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan..

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan
solat subuh -tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat 
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’

"Sesungguhnya ALLAH Memang Sengaja...."

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti menjadi milik kita.
Gapailah keredaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan
meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-Nya.

Sesungguhnya ALLAH memang sengaja...

Tuesday, April 21, 2009

Vision Cookware.


VISIONS COOKWARE
PENGGUNAAN & PerawatanPENGGUNAAN•VISIONS cookware benar-benar serbaguna. Ia dapat dibawa langsung dari freezer ke oven, microwave, kompor gas atau listrik lalu ke mesin cuci atau bak cuci- tak peduli seberapa panas atau dingin peralatan masak ini.
•VISIONS cookware mudah di bersihkan dan tak menyebabkan noda atau menyisakan bau sebagaimana cookware metal dan plastik. •Penggunaan di atas Kompor ~

~
~ VISIONS cookware sangat baik menyimpan panas, Anda dapat menggunakan setelan panas yang rendah dan menghemat energi. Ini juga membantu mencegah makanan lengket atau gosong.
Untuk hasil terbaik, siapkan makanan yang diaduk atau memerlukan air sebagai medium masaknya.
VISIONS cookware dapat digunakan di atas kompor gas, listrik dan keramik.
•Penggunaan di Oven dan Pemanggang ~
~ VISIONS cookware sangat cocok untuk semua jenis oven - konvensional, konveksion dan toaster.
Tutup kaca PYREX tak boleh ditempatkan langsung di pemanggang atau di dalam toaster.•Pengguaan pada Microwave ~
~ VISIONS cookware sempurna untuk microwave.
Gunakan lampin karena piring masak ini dapat panas selama memasak.•Penggunaan pada Kulkas dan Freezer ~ VISIONS cookware dapat dibawa langsung dari kulkas atau freezer ke atas kompor, oven atau microwave.Tanda pada VISIONS base:

Tanda yang kadang kala terlihat di bagian bawah peralatan masak ini berasal dari proses manufakturing. Saat gumpalan kaca panas tersebut dipotong, gunting menyisakan tanda atau garis di kaca. Saat kaca mendingin dengan cepat, tanda ini mengeras di kaca. Tanda ini dapat dilihat dengan mata telanjang dan kadang kala terasa dengan sentuhan jari. Ia tak akan mengganggu kinerja perkakas ini maupun menyebabkan keretakan. Perawatan•Gunakan hanya perkakas kayu, nilon atau plastic. Perkakas metal dapat menggores permukaan VISIONS cookware. •Gunakan hanya lap pembersih plastik atau nilon dan pembersih non-abrasif misalnya CORNINGWARE Cleaner & Conditioner. •Untuk melepaskan kerak yang menempel, rendam cookware di air sabun hangat. Dinginkan tutup PYREX sebelum direndam. PENYIMPANAN•Simpan perkakas masak ini secara terpisah bila ruang memungkinkan. •Jangan ditumpuk karena kontak kaca dengan kaca dapat merusak cookware ini. •Susun dengan cermat dengan membalik tutup dan menumpuk bagian yang lebih kecil di atas.
•Bila penumpukan tak dimungkinkan karena keterbatasn ruang, tumpuk cookware ini dengan menyisipkan lap di antara mereka. PENGUNAAN

Semua kaca (misalnya PYREX) dan bahan keramik-kaca (misalnya, VISIONS) dapat pecah, berhati-hatilah menggunakannya.•Jangan gunakan VISIONS cookware untuk menggoreng dengan banyak minyak. •Jangan gunakan untuk membuat popcorn, mengkaramelkan gula atau membuat gula-gula. •Gunakan lampin saat memegang VISIONS cookware yang panas di microwave oven. •Jangan memanaskan VISIONS cookware yang kosong di microwave oven. •Jangan gunakan atau perbaiki perkakas VISIONS atau PYREX yang gompal, retak, atau pecah.
•Tempatkan VISIONS cookware yang panas di atas alas/tatakan karena panas yang tersisa dapat merusak permukaan bangku. •Jangan gunakan tutup PYREX secara langsung di pemanggang atau di dalam toaster oven. •Jangan tempatkan tutup PYREX panas di atas permukaan yang dingin atau basah, atau dipegang dengan lap basah.

Ayat 1000 Dinar.

Ayat 1000 dinar dipetik dari Surah Al-Talaq, ayat 2-3
Image
Maksud:Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Rahsia Minyak Kelapa Sawit...

Believe it or not! Percaya atau tidak, namun itulah yang dipaparkan dalam berita yang dilaporkan oleh BERNAMA baru-baru ini.

Berikut saya petik artikel tersebut yang melaporkan tentang rahsia minyak kelapa sawit yang tidak diketahui ramai.

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

“Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan ‘minyak hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: “Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.”

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

“Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku,” katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Haaa…amacam? Ada berani untuk guna minyak kelapa sawit bagi menggantikan minyak hitam kereta anda?? Tak cuba maka tak tahu…


Panduan Adab Minum Cara Sunnah Nabi S.A.W.

Berikut ini saya kongsikan dengan anda tentang ADAB MINUM mengikut cara sunnah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.

  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  2. Bacalah ” Bismillah” sebelum minum.
  3. Minum air dengan tiga nafas.
  4. Minum dalam keadaan duduk.
  5. Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air.  Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat.
  9. Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
  10. Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Selalu saya perhatikan, seorang kawan saya selalu saja minum segelas air dengan hanya sekali teguk jer (tanpa bernafas)…terutamanya lepas main bola…akibatnya, dia menghidapi penyakit lelah…Samaada ini satu kebetulan, atau ia adalah kesan dari tabiat minumnya yang tak mengikut adab, itu saya tak pasti…tapi saya yakin bahawa, setiap amalan sunnah itu tersembunyi seribu satu hikmah dan keberkatan.

Sekian, semoga kita semua dapat amal adab minum cara sunnah ini.


Petua Untuk Mengandung

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).


Monday, April 20, 2009

Aksesori Untuk Jahitan

Di sini beberapa peralatan atau aksesori yang diperlukan untuk kerja-kerja menjahit. Ianya sangat diperlukan bagi membantu kerja-kerja menjahit kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan!

Antara yang diperlukan selain mesin jahit ialah:

Gunting - gunakan gunting yang bagus, kalau boleh belanjalah lebih sedikit untuk mendapatkan gunting yang boleh menggunting macam-macam jenis kain. Gunting yang bagus menghasilkan guntingan yang cantik!

Gunting benang - Ada 2 jenis. Sama ada gunting kecil atau yang jenis ketip. Ia diguna untuk membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang telah siap.

Pin - Salah satu cara saya ialah sentiasa meletakkan setiap pin yang telah digunakan ke atas sesuatu. Tidak sekali-kali meletakkan jarum-jarum peniti di merata-rata. Jika bekerja dengan anak-anak lagi la kena berhati-hati. Jadi saya sediakan kusyen untuk pin-pin tersebut. Dengan adanya kusyen pin ini, membuatkan saya mudah menggunakan pin, semasa menggunting, menggosok dan juga semasa menjahit.

Penetas- Tidak ada istilah sentiasa betul semasa menjahit. Oleh itu, gunalah alat ini, ia sangat membantu kita membetulkan jahitan yang tersalah dan sesudah itu boleh sambung jahit semula.

Tali ukur- Ini adalah barang yang paling penting dalam menjahit. Jika mahu hasil jahitan siap dengan baik, haa inilah barang yang perlu ada. Adanya ia, acara menjahit akan menjadi lebih konsisten dan ia sangat membantu semasa menggunting dan juga semasa mengambil ukuran badan.

Kapur penanda - Kita perlukan alatan ini untuk menanda di atas pakaian. Contohnya semasa membuat dart, zip, bahagian leher ke..atau lain-lain bahagian yang boleh membantu kita menjahit dengan mudah.

Meja potong - Jika anda mempunyai meja khas untuk menjahit, woow itu lagi bagus. Jika tidak ada, boleh saja guna meja makan untuk memotong (p/s: sila lapik kain kemas-kemas, ini supaya kain yang ingin dipotong tetap di kedudukannya)

Seterika dan papannya - Jika mahu projek jahitan nampak kemas dan cantik, mesti kena seterika atau orang panggil proses menekan.

Inilah antara alatan yang perlu ada untuk menjahit dan saya sangat suka menggunakan kesemua alatan ini semasa menjahit. Saya pasti jika anda benar-benar berminat, anda boleh mendapatkannya dikedai-kedai peralatan jahitan. Tidak banyak kosnya untuk alat-alat ini, tapi ingat anda akan dapat balik apa yang anda belanjakan. Lebih daripada itu!:)

Mata Indah Bak Maskara.

 Mata Indah Berkat Maskar
Maskara adalah salah satu alat kecantikan yang hampir tidak ditinggalkan kaum wanita. Kosmetik yang bisa mempercantik bagian mata ini, kini warnanya semakin beragam, sesuai keperluan. Bagaimana, sih, memilih maskara yang tepat?
Maskara dibedakan berdasar jenis dan fungsinya
1. Menebalkan (thickening mascara)
Bagi wanita yang memiliki bulu mata panjang namun tidak tebal atau bulu mata pendek namun lentik, maskara jenis ini dapat membantu.
2. Agar tampak lentik (curling mascara)
Pilih sisir maskara berbentuk melengkung karena bulu mata lentik bisa tercipta dengan sisir sikat yang tepat dan lengkungan yang sempurna.
3. Kesan panjang (lengthening mascara)
Jenis maskara ini sangat pas karena mengandung plastic polymers yang akan menempel di ujung bulu mata.
Maskara yang dijual di pasaran mengandung 2 formula yang berbeda:
1. Non-waterproof mascara
Maskara ini mengandung formula yang tidak tahan air dan mudah luntur. Keuntungannya, mudah dibersihkan. Cukup gunakan air hangat.
2. Waterproof mascara
Mengandung formula tahan air. Untuk nenghapusnya tersedia pembersih khusus riasan wajah (eye make-up remover) atau baby oil.
Cara menggunakan maskara cukup mengoleskan maskara mulai dari akar bulu mata ke arah uar. Sebaiknya perhatikan juga, bila alat pengoles maskara sudah terlalu tebal dengan cairan maskara, rendam dulu dalam air hangat agar sisa-sisa maskara terlepas dari spiralnya, kemudian kibas-kibas, sampai betul-betul kering.
Menurut pakar kecantikan, kemasan maskara ada dalam tabung aluminium atau tabung plastik mirip pensil. Maskara sendiri berupa cairan kental dan encer. Alat pengolesnya berupa spiral, tetapi ada juga lengkap dengan sisir untuk meratakan maskara.
Sebaiknya pilih maskara yang kental, selain mudah menempel pada bulu mata, juga cepat kering. Maskara yang terlalu cair, pengeringannya lama dan bisa-bisa bulumata yang sudah lentik jadi lurus kembali.
TIPS:
Warna maskara bisa memberi efek khusus bagi pemakai:
1. Warna hitam memberi kesan formal
2. Warna biru, ungu dan emas memberi kesan dramatis
3. Warna cokelat memberi kesan yang mengasyikan.

Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam.

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya''ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ''leukoderma'' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta'')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitambkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba'' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan. 

Rahsia Coklat Dan Limau Nipis.

Coklat Dan Kecantikan
Coklat memang merupakan makanan yang banyak disukai. Walaupun, kandungan gula yang terdapat dalam coklat dapat meningkatkan berat badan, merusak gigi, atau dapat menyebabkan diabetes. Tetapi, coklat sendiri mengandung banyak hal baik yang bermanfaat bagi tubuh.
Coklat mengandung antioksidan yang dapat menjaga kesehatan jantung, menurunkan tekanan darah dan dalam segi psikis manusia, coklat dapat menimbulkan perasaan rileks. Namun ternyata coklat juga bermanfaat bagi kecantikan. Bagaimana manfaat coklat untuk kecantikan?
Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah.
Membuat masker coklat dapat dilakukan di rumah. Untuk Anda yang ingin mencoba menggunakan coklat untuk wajah Anda, dapat mencoba cara berikut:
·         Bahan:
Dark chocolate (kandungan coklat tinggi), susu bubuk putih (full cream), garam
·         Cara:
Cairkan coklat
Campur semua bahan dalam coklat yang telah mencair dan aduk rata
Dinginkan sampai mencapai suhu ruang
Oleskan pada wajah selama 15-30 menit
Susu dan garam dapat pula diganti dengan mentega, gula dan madu bila ingin memberikan efek lembab dan antiseptik pada wajah.
Untuk kulit tubuh, Anda dapat membuat sabun mandi coklat. Caranya dengan menyeduh susu putih dicampur dengan irisan coklat sampai coklat mencair, kemudian dapat dicampur dengan sabun mandi cair atau dituang dalam bathtub.
                                         Jeruk Nipis Dan Kecantikan
Perawatan kulit tak hanya dilakukan dengan cara modern saja. Bagi Anda yang ingin menggunakan cara tradisional tak ada salahnya menjadi pilihan perawatan rutin. Disamping biayanya cukup murah, hasilnya juga mengesankan.
Sebagai contoh, untuk memutihkan kulit wajah, ada cara tradisional yan bisa kita lakukan tanpa ada efek samping. Orang - orang tua sebelum kita, telah melakukan perawatan ini sejak dulu.
Buah yang satu ini memang lebih dikenal sebagai penghilang bau amis atau campuran penyedap makanan. Tapi sebenarnya air jeruk nipis ini juga banyak manfaatnya untuk kecantikan dan kesehatan.
Air yang berasal dari daging buah ini dikenal sanggup membuat pori - pori mengecil dan menghilangkan kelebihan lemak pada jenis kulit yang berminyak.
Manfaat
Untuk merapatkan pori - pori kulit, ambil daging jeruk nipis, lalu Anda bisa oleskan pada kulit wajah. Biasanya ditempat - tempat disekitar hidung dan pipi yang pori - porinya terlihat besar.
Sedangkan untuk memutihkan dan menghaluskan kulit wajah, Anda bisa usapkan potongan jeruk nipis ini pada wajah dan kulit bagian tubuh lainnya yang ingin dicerahkan kulitnya. Lakukan hal ini secara teratur setidaknya seminggu sekali. Niscaya, kulitmu akan tampak cerah dan mulus. 

Amalan-Amalan Untuk Memperolehi Zuriat.

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Doa &Amalan Untuk Memperolehi Zuriat.

Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

a. Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya