KAWAN2 SAYA
Monday, April 13, 2009
Sedihnya...
Surat papa buat mama......
assallammualaikum ma,
Selamat pagi dan selamat bersahur.
Hari ni papa buat follow up medical check up.
Papa rasa papa sebut pada mama sakit papa...hypertensi/darah tinggi. Sepulang dari Abu dHabi.
Mama pun tak pernah bertanya apa2 selepas itu.Mungkin mama busy sangat dgn urusan harian.
Mungkin mama lupa agaknye...tak apalah tu...bila dah terpisah gini tentu cara pun berbeza dlm mengambil berat dan mengambil tahu. Papa faham ma.
Papa cuma nak ckp hypertensi dan pada hari isnin papa collapse ...selepas baca msg mama yang mengatakan duit judi, beri makan anak isteri dgn hasil judi...sangat menekan perasaan papa ma...tanpa mama refer ke mana mana references/sumber/fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak, Ustaz Zaharudin dan lain2 ...pertaining to Spot Forex Trading without Swap.
Sebelum tu pun papa selalu demam sering sakit kepala yang amat. Tapi papa diamkan saje. Cuma mungkin sebab selalu memikirkan tentang kawan2 yang cuma tahu mengambil kesempatan diwaktu papa senang dan ketika papa sempit dan terhalang punca tiadasorang pun datang untuk menangis bersama. Cuma ingin sama ketawa saje. Namun kini mereka masing2 telah mendapat balasan agaknye ..sebahagian mereka ada yang dibuang kerja dan diturunkan pangkat dari general manager kepada manager biasa je. Papa tidaklah gembira dengan keadaan mereka itu..cuma papa pandang dari jauh saje.
Begitulah adat dunia ma.
Disamping tekanan memikirkan keadaan diri dan mencari new point of deviation, claim2 yang papa buat masih belum dibayardengan alasan yang kadang tidakmunasabah (mengelak) dengan jumlah yang agak besar, sedang papa terpaksa bayar inadvance pada British Aerospace atau local vendor yang lain in full, disamping soalan2 tentang mama (kenapa skrg saya tk nampak awak msg atau kol dia) ,..dia dah tinggalkan awak ke...padan muke...dan semua papa telan sendirian tanpa adasiapa untuk dikongsi...yelah dalam dunia ni..siapa yang ingin berjalan diatasduri kalau ada jln lain yang lebih selesa.
Tambahan pula akhir2 ini mama semakin agak sukar untuk dihububngi dan menghubungipapa...mcm satu downtrend yang di atur...tiada tempat untuk papa lagi...sebaba mama pun tidak mahu bercerita dengan jelas...samada menghayati ramadan kareem yang tentunya mengurangi pahala puasa apabila membelakangkan suami...susah untuk mendapat no baru...no hilang...balik kerja dah tak sempat kol...jadi papa sekali sekala tefom yanauntuk meredakan tension..dan dia ada memberitahu papa yang mama sebenarnya pergi ke p.pinang untuk graduation day...papa sangat terkejut walaupun papa sebenarnya memang suka kalau mama pergi...tapi persoalan disini kenapa mama mesti membohongi papa. kenapa mama takut untuk berterus terang...sedangkan rasanya papa cuba untuk bantu mama dalam apajua urusan...tetapi dengan cara begini papa semakin tertekan dan hairan...apakah ada perkara lain yang mama tidak jujur dengan papa...apakah mama sedang menarik rambut dari tepung didalam talam papa..mengundur diri dengan cara perlahan2..seolah2 membantu papa untuk melupakan mama sambilmemastikan yang papa tidak berdendam. Persdoalan2 itu semua menambah tekanan2 ...mengapakah mama sanggup membohongi papa....
Kalaulah benar ...berterus terang shaja ma...papa lebih suke begitu..jangan lari2 dan memberi alasan2 yang akhirnya menimbulkan dendam dihati kerana dibohongi...
itulah perkara2 yang papa pendam sejak peristiwa sham dan kuncu2nya...dapat tahu pula mama akan berkahwin dengan Juraidi...dan beberapa perkara yang menyokong dan menyumbang kepada keadaan ini. Papa tahu papa tak sepatutnya mengadu dan membentang perkara ini padamama...tapi papa tak ada tempat lain untuk melepaskan rasa...abaikanlah selepas baca...papa nak mama gembira menjelang Aidul Fitri ini...tersenyumlah untuk keluarga,suami dan mertua...itu lah tuntutan didalam Islam.
Papa terima apa pun keadaan papasambilmenginsafi diri...kalaulah dengan ini ...sekiranya first level stroke tempohari membawa kepada menurunnya kesihatan dan berakhir kematian pun papa terima...itulah takdir papa didunia ini...asalkan org2 yang papa sayangi mendapat kebahagiaan dan gembira...
Mama yang dikasihi..
Nash ada beritahu papa yang beliau terserempak dgn mama...dan tahu alamat rumah mama ..dah sebulan lebih dah rasanya...dia marahkan papa sebab duduk dibangi tapi tak bagitahu dia...Seksyen 9..siap no rumah dia bagi....papa cuma memberikan alasan belum masanya nak bagitau...tapi papa rasa malu kalau akhirnya dia tahu bukan papa yang menjadi raja dirumah itu...kalau papa berterus terang ianya akan tersebar..dikalangan kawan2 dan cerita ini takkan dapat dibendung....ia membuat papa runsing dan tambahan ulam ulaman yang semakin menyesakkan dada...papa cuba pendam dan simpan sehingga menjadi nanah dalam diri...
Dan sekiranya ini yang Tuhan takdirkan untuk papa...papa terima dan reda...biarlah...papa cuma mendoakan kebahagiaan kebahagiaan mama hingga akhir hayat..
Bigitu juga nombor telefon mama...sebenarnya papa dah lama tahu no baru yang mama pakai..012.papa tak nak sebut..tapi papa yakin...itulah no mama...papa tahan diri dari menghubungi mama dengan no itu...dan ada dua tiga perkara lagi yang papa tahu..tapi biarlah...papa simpan...doakan papa dijemput awal oleh Tuhan agar tidak menambahkan siksaan didalam diri papa..dan papa pun kini mengahampirinya...
Dan selepas ini sekiranya papa tahu mama tukar no lagi,,atau berpindah rumah maka jelas dan nyatalah mama memang menghindari papa...demi kebaikkan masa depan mama dan Juraidi...papa harapmama berterus teranglah dengan papama..walau dengan nadamenyumpah sekalipun...papa terima...
Maaf kan...sebab sumber maklumat yang papa dapat adalah dari org yang dipercayai dan rapat...dia membantu dengan tujuan baik..dia tak mahu papa tersiksa terus...dan kalau ianya nyata begitu...insyaallah papa tidak akan ganggu mama lagi...papa cuma ingin mama memberi justifikasi2 yang munasabah...dan jelas..tujuan menghindari..
Dan banyak lagi perkara2 yang memberi bayangan yang sebegitu (menghindar)...seperti bila papa gunakan panggilan to my beloved wife...mama tidak mengizinkan dan mama kata salah...papa sebenarnya ingin menduga...apakah akan mama jawab...samada insyaallah ataupun mama diam ataupun mama tak benarkan...ia memberi gambaran jawapan yang berbeza...
Mama yang dirindui..
Walaupun papa sakit dan dlm keadaan begini..papa cuba untuk meluahkan apa yang terbuku dihati...
selepas ini pun papa akan kehospital...dr ada untuk proses seterusnya...
Dan ingin juga papa katakan disini...apabila mama mengatakan papa memberi makan anak bini dengan hasil judi (Forex) papa sangat marah...mama tidak bertanya...itu tuduhan...sangatlah tidak adil...carilah maklumat dengan tepat...perkara ini banyak dibincangkan....refer laman web Mufti Perak (tiadakepentingan politik) atau Ustaz Zaharuddin tentang Forex dari perspektif Islam...hukum2...dan papa juga adaberhubung dengan seorang dari Binjai rendah (kwn angah) Hanif..balik dari Mesir...mengajar org2 tua mengaji...dan papa berbincang dengan dia tentang Forex...beliau sendiripun full time trader...tak buat kerja lain dan banyak masa untuk diri sendiri...dan masyarakatnya...oleh itu bila mamamengatakan judi seolah2 membandingkan pendapatan yang papa dengan Juraidi...pendapat dia bersih..dan papa haram...papa sangat terasa....tapi biarlah kalau mama nak mengatakan begitupun...lagi pun tak lama lagi agaknya papa didunia ini...papa tak mampu nak buat yang lain...memandangkan kesihatan yang menurun...dan papa faham...dari kata2 mama papa lebih suke suami yang makan gaji...papa fahami dari kata2 mama bila mengatakan mama suke suami mama jadi LAE...tak perlu jumpa2 org...karaoke dan sebagainya...nampaknya jauh berbeza dengan papa yang banyak kekotoran..papa terima apa jua pandangan mama..kioni mama mampu membanding...dan banyak lagi yang masih belum timbul...itu sudah menjadi sifat semula jadi manusia...membanding...papa fahamm ma...
Untuk akhir sekali...papa minta mama berterus terang sahaj dengan papa...agar lebih jelas kebenaran...keikhlasan dlm kata2...mama tidak perlu menangis atau marah atau tertekan atau lain2...cuma katakan apa yang ada dihati...itu sahaja...papa nak dengar sebelum papa menutupmata dari mulut org yang papa kasihi...seikhlas mungkin walau ia membunuh papa...katakanlah ma...
Ingatlah kalau kita marah...ia adalah menutupi kebenaran...dan kalau kita ikhlas dan jujur dari sudut tindakkan dan seiring kata2...insyaallah allah akan merahmati hidup mama...katakanlah yang sebenarnya ma...biar papa mati dlm aman...walaupun mama menyisih...agar papa tahu setakat mana cinta mama...
Cinta papa hingga ke mati walau tidak lagi dihargai...
Papa ingin jawapan atas apa jua persoalan diatas..
Thank you in advance...
Papa tak adatefon..dah hilang..
lupa tertinggal kat mnana ntah..(communicator)
takpelah..takperlu sangat dah..
Papa yang semakin pelupa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment