Berikut ini saya kongsikan dengan anda tentang ADAB MINUM mengikut cara sunnah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah ” Bismillah” sebelum minum.
- Minum air dengan tiga nafas.
- Minum dalam keadaan duduk.
- Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
- Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat.
- Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
- Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Selalu saya perhatikan, seorang kawan saya selalu saja minum segelas air dengan hanya sekali teguk jer (tanpa bernafas)…terutamanya lepas main bola…akibatnya, dia menghidapi penyakit lelah…Samaada ini satu kebetulan, atau ia adalah kesan dari tabiat minumnya yang tak mengikut adab, itu saya tak pasti…tapi saya yakin bahawa, setiap amalan sunnah itu tersembunyi seribu satu hikmah dan keberkatan.
Sekian, semoga kita semua dapat amal adab minum cara sunnah ini.
0 comments:
Post a Comment