KAWAN2 SAYA
Friday, April 24, 2009
Apa itu Gamat...
APA ITU GAMAT
GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, beberntuk seakan-akan timun dan cempedak. Dianggarkan terdapat sebanyak 1100 spesis timun laut di dunia tetapi hanya lebih kurang 50 spesis sahaja yang boleh dijumpai di perairan Malaysia.
Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain. Tetapi spesis timun laut yang benar-benar asli dan bermutu tinggi serta paling berkhasiat berwarna kuning keemasan - dikenali sebagai Gamat Emas atau nama saintifiknya STICHOPUS HORRENS.
Habitat gamat pada waktu siang ialah suka menyembunyikan diri di celah-celah batu karang. Ia aktif pada waktu malam dan terpaksa menyelam sedalam 60-70 kaki untuk mendapatkannya pada waktu malam. Saiznya sebesar tapak tangan. Gamat paling besar sepanjang satu kaki. Saiz gamat berbeza mengijut tempat dan paras laut. Misalnya gamat di Pulau Langkawi, Kedah, saiznya kecil kerana lebih terdedah kepada pencemaran dan tekanan berbanding saiz gamat yang diperolehi di Pulau Pangkor, Perak yang lebih besar.
Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia. Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut. Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.
Gamat mempunyai nilai terapeutik (keupayaan menyembuh / merawat) yang baik. Oleh itu, potensi untuk dikomersialkan dalam bidang perawatan moden dan kosmetik, khasnya sangat luas. Jika kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barangan gamat seperti air ibu gamat, ibu gamat kering, minyak gamat, bedak gamat, balm gamat dan sebagainya. Bagaimanapun, kerana bau hanyir dan rasa masin, ramai pengguna ubatan gamat kurang sanggup untuk meminum atau memakannya dan ada yang termuntah.
Berdasarkan kajian saintifik dan maklumbalas pesakit, gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secaara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa. Selain itu, kajian juga menunjukkan ia dapat meningkatkan daya pertahanan badan dan mengurangkan penyakit alahan.
Sesungguhnya gamat emas merupakan augerah alam yang begitu unik yang berupaya mengubati beberapa jenis penyakit dengan dos yang tepat khususnya ulser

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment