FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, April 20, 2009

Aksesori Untuk Jahitan

Di sini beberapa peralatan atau aksesori yang diperlukan untuk kerja-kerja menjahit. Ianya sangat diperlukan bagi membantu kerja-kerja menjahit kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan!

Antara yang diperlukan selain mesin jahit ialah:

Gunting - gunakan gunting yang bagus, kalau boleh belanjalah lebih sedikit untuk mendapatkan gunting yang boleh menggunting macam-macam jenis kain. Gunting yang bagus menghasilkan guntingan yang cantik!

Gunting benang - Ada 2 jenis. Sama ada gunting kecil atau yang jenis ketip. Ia diguna untuk membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang telah siap.

Pin - Salah satu cara saya ialah sentiasa meletakkan setiap pin yang telah digunakan ke atas sesuatu. Tidak sekali-kali meletakkan jarum-jarum peniti di merata-rata. Jika bekerja dengan anak-anak lagi la kena berhati-hati. Jadi saya sediakan kusyen untuk pin-pin tersebut. Dengan adanya kusyen pin ini, membuatkan saya mudah menggunakan pin, semasa menggunting, menggosok dan juga semasa menjahit.

Penetas- Tidak ada istilah sentiasa betul semasa menjahit. Oleh itu, gunalah alat ini, ia sangat membantu kita membetulkan jahitan yang tersalah dan sesudah itu boleh sambung jahit semula.

Tali ukur- Ini adalah barang yang paling penting dalam menjahit. Jika mahu hasil jahitan siap dengan baik, haa inilah barang yang perlu ada. Adanya ia, acara menjahit akan menjadi lebih konsisten dan ia sangat membantu semasa menggunting dan juga semasa mengambil ukuran badan.

Kapur penanda - Kita perlukan alatan ini untuk menanda di atas pakaian. Contohnya semasa membuat dart, zip, bahagian leher ke..atau lain-lain bahagian yang boleh membantu kita menjahit dengan mudah.

Meja potong - Jika anda mempunyai meja khas untuk menjahit, woow itu lagi bagus. Jika tidak ada, boleh saja guna meja makan untuk memotong (p/s: sila lapik kain kemas-kemas, ini supaya kain yang ingin dipotong tetap di kedudukannya)

Seterika dan papannya - Jika mahu projek jahitan nampak kemas dan cantik, mesti kena seterika atau orang panggil proses menekan.

Inilah antara alatan yang perlu ada untuk menjahit dan saya sangat suka menggunakan kesemua alatan ini semasa menjahit. Saya pasti jika anda benar-benar berminat, anda boleh mendapatkannya dikedai-kedai peralatan jahitan. Tidak banyak kosnya untuk alat-alat ini, tapi ingat anda akan dapat balik apa yang anda belanjakan. Lebih daripada itu!:)

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya