FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Saturday, June 27, 2009

Tentang Kuku


Adab memotong kuku
Mulakan dari anggota kanan serta mengikut turutan nombor di dalam gambar di atas.

Hukum/perintah memotong kuku
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Potonglah kumis dan panjangkanlah jenggot

Makruh memotong kuku ketika haid?

Dalil menyokong
Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Dalil yang menolak
Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari).

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya