Tips menjahit bahagian leher baju kurung
Published in Sentuhan Kalbu| 1 | Sediakan plan ukuran leher mengikut saiz dikehendaki yang dibuat dari kertas keras. | 2 | Lukiskan ukuran tersebut atas kertas tissu bergam yang lembut. |
| 3 | Gosokkan permukaan bergam pada kain. | 4 | Gunting lebihan kain yang tidak diperlukan. |
| 5 | Kemudian gunting pula lukisan bulatan leher dibahagian tengahnya. | 6 | Buat garisan tengah (belahan leher) dan tandakan panjang belahan yang dikehendaki (biasanya 4 in tapi bila dicampur basi jadikan 4¼ inci) |
| 7 | Godok bahagian tengah badan baju untuk mendapat tanda garis tengah | 8 | kemudian gunting sikit untuk menandakan bahagian tengah baju. |
| 9 | Sematkan dengan jarum peniti pelapik leher tadi dengan badan baju. Lapik leher biasanya diturunkan ½ in dari tanda tengah badan baju tadi. (Kalau badan besar atau belakang badan berbonggol kena 1-1½ in) | 10 | Jahit keliling leher. Pastikan dibahagian belahan 4 in itu menggunakan mata kia( jahitan mesin) yang halus. Supaya bucunya tajam bila dilipatkan kedalam nanati. |
| 11 | Gunting bahagian tengah leher badan baju tadi. | 12 | Berhati-hati menggunting bahagian belahan leher. |
| 13 | Gunakan gunting kecil untuk menggunting bahagian hujung belahan agar lebih runcing | 14 | Hasilnya selepas digunting. |
| 15 | Setelah selesai terbalikkan dan jahit kemas menggunakan mata kia yang serdehana dikeliling leher dan silang pangkah dibahagian dalam nya nanti |









0 comments:
Post a Comment