Gosok cuff yang dibuat dari ‘kain keras bergam’ pada kain. | Sapukan gam dibahagian hujung cuff. |
Gosok lebihan lipatan kain ke arah bahagian yang bersapu gam. | Hasilnya, kepanasan seterika akan melekatkan gam pada lebihan kain tadi dan ia akan nampak melekat kemas. |
Selepas itu kita jahit tindih mesin pada bahagian yang bergam tadi. | Kemudian cantumkan lapisan kain dan jahit keliling cuff tadi perlahan-lahan. |
Setelah itu kita buat kekemasan dengan menggunting lebihan kain yang tidak diperlukan. | Setelah diterbalikkan kita jahit tindih mesin( Jahitan ini untuk sementara jadi gunakan mata kia yang besar sekali agar mudah dibuka semula) Tujuan jahit tindih mesin ini ialah supaya bila kita pasang cuff ini pada lengan kain cuff itu tak senget-senget. Malah ia berada dalam kedudukan sempurna. Nak elak berkedut-kedut jugalah. |
Haa macam tu lah rupanya jahitan tindih mesin sementara. Gunakan mata kia lagi besar lagi bagus sebab lagi besar lagi mudah nak buka semula. | Selepas selesai kita buat tanda jahitan untuk sambung pada lengan menggunakan kapur. |
Ini hasilnya cuff yang dah siap menunggu untuk dipasang ke lengan baju. | Sebelum itu kita sediakan pula tulang untuk belahan lengan. Ummu memang dah sediakan pakai kertas keras. Puas dah kena conteng-conteng tu dan umur kertas ni dah 4 tahun kot. Jadi bila nak buat tak payah nak lukis-lukis lagi. Dah dijadikan stok untuk puluhan baju …. Jadi mana-mana kotak milo ke, kotak susu ke simpan….. macam-macam boleh guna. |
Setelah tulang untuk belah lengan di buat dari ‘kain keras bergam’ siap maka hendaklah kita seterikakan dia bagi lekat atas kain putih tu. | Kemudian, macam cuff tadi lah juga. Sapu gam dihujung nya. |
Gosoklah bahagian bergam bagi dia melekat. | Terbalikkan dan gosok lagi. |
Buat kekemasan dengan memotong lebihan kain yang tak diperlukan dan tinggalkan basi ½ inci sahaja | Lipat kedalam lebihan kain tadi.Gosok sikit bagi nampak tanda lipatan. |
Sapukan gam pada bekas lipatan. | Gosok bahagian lipatan yang bersapu gam. |
Hasilnya nampak kemas. | Bahagian hujung tulang perlu juga dikemaskan. |
Lipat dan gosok dengan seterika. Boleh gunakan gam untuk melekatkan lipatan dia. | Inilah hasilnya dari bahagian dalam. |
Ini pula hasil dilihat dari hadapan. | Nak mulakan menjahit pada bahagian tulang belahan kita perlu jahit bahagian pelapik dengan meletakkan cebisan kain lapik dibahagian dalam belahan kain. |
Terbalikkan dan kemaskan dengan jahit tindih mesin. | Bahagian tulang kita hanya perlu selitkan aje tulang tersebut tanpa was-was lagi. |
Terus jahit . | Bahagian hujung kena hati-hati. Kalau anda rasa tak mahir pin dengan jarum peniti dulu. Tapi Ummu terus aje jahit. |
Belahan tangan Ummu buat 5½ inci. Jadi bila nak matikan jahitan (nak coner) Ummu ukur 5 in lah. | Jadi kita conerlah jahitan mesin tu atas tanda kapur |
Lepas tu pasang lah cuff. Jahit ikut tanda kapur. | Inilah baju sekolah yang Ummu dah jahit.Tengoklah kemeja Angah yang depan sekali tu labuh dari kemeja kawan anak Ummu kat belakang. Tapi terlupa pulak nak tampal kocek. Heee nanti kita tunggu tips memasang kocek pulak yaa. |
|
|
1 comments:
aduh kak, gamba dah takde...takleh saya nak buat reference utk jahit cuff...pening kepala dah niiiii...mana pi gambaq niii
Post a Comment