BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak dan subjektif.Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.
Beberapa persepsi berkaitan kabahagian;
- Seorang fakir akan mengatakan bahawa bahagia itu terletak pada kekayaan.
- Orang sakit pula akan mengatakan bahagia akan dirasai apabila dia sihat.
- Orang yang terjerumus ke lembah dosa akan mengatakan berhenti daripada melakukan dosa itulah kebahagiaan.
- Seorang karyawan akan merasa bahagia jika hasil karyanya diterima orang.
- Zaid bin Tsabit, penyair Rasulullah saw mengatakan jika pagi dan petang seseorang itu berjaya membebaskan diri dan dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa daripada gangguan manusia maka ia boleh dianggap seorang yang bahagia.
- Orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaan ialah meninggalkan perkara yang dilarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Kebahagiaannya adalah mengerjakan suruhan agama semata-mata.
- Ibn Khaldun pula berpendapat bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan Allah dan berperikemanusiaan.
- Imam Al Ghazali berpendapat bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati Allah
Kadangkala sesuatu yang dipandang bahagia oleh seseorang itu tidak begitu dipentingkan pihak lain.
Namun sesuatu yang boleh disepakati ialah bahagia merupakan suatu keadaan dimana seseorang itu merasa tenang, merasa tenteram, merasa tiada tekanan, merasa mulia, merasa harga diri, merasa dihargai dan bermacam-macam perasaan lain walaubagaimana keadaan sekalipun, susah, sempit, senang , kaya, sibuk, banyak kerja dan lain-lain.
Justeru kebahagian adalah ukuran hati, kebahagian terletak dihati, kebahagian adalah perspektif hati. Oleh itu penting bagi hati untuk menanggapi sesuatu keadaan secara positif supaya hati menjadi tenang dan bahagia. Seterusnya tanggapan hati tetapi mestilah sesuai dan menepati tuntutan Syarak, melakukan segala kewajipan dan tuntutan agama serta meninggalkan segala larangan Allah. Oleh itu orang yang mencari ketenangan dan kebahagian dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang bukanlah mendapat kebahagian yang sebenar.
Firman Allah swt;
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Maksudnya; Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,Dan orang-orang yang menunaikan zakat, Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, Orang-orang yang mewari syurga Firdaus dan mereka kekal didalamnya.
Sabda Rasulullah saw;
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أربع من السعادة المرأة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء وأربع من الشقاوة الجار السوء والمرأة السوء والمسكن الضيق والمركب السوء
Maksudnya; Empat perkara sebab kebahagian, isteri yang solehah, rumah yang selesa, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa, dan empat perkara sebab merana, isteri yang jahat, jiran yang jahat, rumah tidak selesa dan kenderaan yang teruk.
من خير الناس ؟ قال : أتقاهم للرب ، وأوصلهم للرحم ، وآمرهم بالمعروف ، وأنهاهم عن المنكر.
Maksudnya; Siapakah manusia yang paling baik? Iaitu orang yang paling bertaqwa kepada Allah, Menghubungkan silaturahim, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
مَنْ خَيْرُ النَّاسِ ؟ قَالَ : أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ.
Maksudnya; Siapakah manusia yang paling baik? Iaitu orang yang paling berguna kepada orang lain.
Daripada nas-nas di atas dapat difahami bahawa;
Kebahagian yang hakiki itu ialah kebahagian di akhirat dengan mendapat keredhaan dan magfirah Allah swt seterusnya berada dalam nikmat syurga Allah swt.
Kebahagian yang hakiki itu ialah apabila kita merasa tenang dan bahagia dapat menundukkan hawa nafsu kita dan digantikan dengan keimanan dan ketaqwaan.
Kebahagian yang hakiki itu ialah kita merasa tenang dan bahagia apabila kita dapat menunaikan segala hak dan tanggungjawab kita samada kepada Allah mahupun sesama manusia.
Kebahagian yang hakiki itu ialah apabila perasaan cinta kepada Allah dan Rasulnya melebihi dari yang lain.
Kebahagian yang yang sebenar itu ialah apabila redha dengan ketetapan yang Allah berikan kepada kita.
Seorang penyair mangatakan;
ولست أرى السعادة جمع مال ولكن التقي هو السعيد
Maksudnya; Aku tidak melihat bahagia itu dengan mengumpulkan harta tetapi orang yang bertaqwa itu adalah orang yang bahagia.
0 comments:
Post a Comment