FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, February 16, 2009

tanda-tanda kematian orang islam..

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah
benar dan ujud Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja
yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih
mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan
sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat
Baginda S.A.W.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi
tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara
sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala
sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat
ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan
kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku
kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang
kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka
ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan
sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka
yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika
ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah
nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.


PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada
Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang
yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini
semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam
usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan
hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan
sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi
maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan
doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa
dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah
SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa
semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT
serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan
juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT
dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.

Wallahua'lam. Moga-moga setiap kita dan keluarga
diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga
dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian
kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan
kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih
malas sembahyang ubah sikap, umur kita semakin hari
semakin meningkat. Biar sesal dahulu jangan sesal
kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan
berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita
ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya