KAWAN2 SAYA
Tuesday, February 17, 2009
Petua tambah kemesraan berumahtangga:
Petua ini kutujukan khusus buat mereka yang baru mendirikan rumahtangga.
Didoakan semoga kalian suami isteri akan sentiasa mendapat hidayat, perlindungan dan rahmat daripada ALLAH SWT sokmo-sokmo hendaknya. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU!
Di sini daku ingin berkongsi sedikit petua untuk menambahkan kemesraan dalam berumahtangga yang daku pelajari dari seorang syeikh bernama Syeikh Zaid semasa di Jepun dahulu.
(1) Wujudkan suasana agama dalam rumahtangga.
Hidupkan majlis ilmu TA’LIM WA TA’LUM iaitu dengan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca/mendengar nasihat2 dan ilmu2 agama.
Tetapkan masa contohnya setiap kali selepas isyak ke, untuk membaca hadith2/kitab2 agama secara bersama dengan istiqamah.
Digalakkan untuk baca secara dengan suara yang kuat seperti membaca buku cerita kepada anak2, kerana nur2 hadith/al-Quran akan menyerap masuk kedalam jiwa/hati kita. Dengan itu hati kita akan menjadi lembut dan mudah untuk melakukan kebaikan.
Buku atau kitab yang dicadangkan bagi menghidupkan majlis ilmu TA’LIM WA TA’LUM di rumah ini ialah Kitab Fadhail Amal yang ditulis oleh Maulana Zakariyya.
Bacalah sekurang-kurangnya 2 atau 3 hadith setiap hari secara berjemaah dan istiqamah. Lakukan secara bergilir-gilir…kalau suami baca, isteri dengar dan kemudian isteri baca, suami dengar.
Menurut syeikh Zaid, dengan mewujudkan majlis ilmu dirumah, ALLAH SWT akan turunkan ‘sakinah’ atau ketenangan dalam rumahtangga kita.
(2) Amalkan mesyuarat.
Lakukan semua urusan mengikut keputusan mesyuarat. Tak kiralah perkara itu besar atau pun kecil,hatta masa nak shopping beli barang2 dapur pun kena mesyuarat. Ini adalah sunnah nabi SAW.
Berbincanglah suami isteri. Suami sebagai ‘Amir’ rumahtangga kena minta pendapat isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Bila amir putuskan sesuatu keputusan, semua orang kena taat apa yang diputuskan oleh amir.
Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini dek kerana keputusan mesyuarat itu, sesiapa pun tidak boleh salahkan sesiapa kerana ia adalah keputusan mesyuarat. Keputusan yang telah dicapai adalah keputusan bersama.
Mesyuarat dapat menarik rahmat Allah.
(3) Makan secara berjemaah dalam satu dulang/talam
Eloklah beli satu talam yang sederhana besar dan amalkanlah makan bersama dalam satu talam.
Menurut Syeikh Zaid yang menurunkan petua ini kepada saya, katanya, sejak dia amalkan makan setalam ni, hubungan suami isteri menjadi sangat rapat dan mesra.
Pertengkaran dengan isteri pun tidak pernah terjadi. Kalau terjadi selisih faham antara dia dan isteri, mereka dapat atasinya dengan cepat. Perselisihan faham yang kecil2 akan dapat diselesaikan semasa makan bersama katanya.
Wallahua’lam.
Sekadar berkongsi pengetahuan.
Semoga kita sama-sama dapat amalkan insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment