KAWAN2 SAYA
Tuesday, March 3, 2009
Kerana Mengenang Budi.
Berbuat baik dituntut pada semua orang tetapi yang sebaik-baiknya,budi yang
yang ditaburkan bukan minta dibalas.Namun begitu,sebagai orang Islam,
menjadi satu tuntutan juga untuk bersikap mengenang budi dan membalas
kebaikan orang lain terhadap kita dengan kebaikan juga.
Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar,katanya.Rasulullah bersabda bermaksud
"dan sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya.
Kalau kamu tidak ada sesuatu untuk membalasnya,maka berdoalah selalu
baginya,sehingga kamu mengetahui(dengan yakin)bahawa kamu telah membalasnya
dengan sempurna".
Begitu juga dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Tabrani ada
menyatakan bahawa Baginda bersabda bermaksud,
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu,maka hendaklah kamu membalasnya,
maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu
telah berterima kasih kepadanya kerana Allah senantiasa membalas
kebaikan (orang yang berbuat baik)lagi mengasihi orang yang bersyukur.
Mesej daripda hadith ini jelas Rasulullah mendidik umatnya supaya senantiasa
mengenang budi dan berdoa bagi orang yang berbuat baik.Kebaikan itu luas,
sama ada yang berupa tunjuk ajar,nasihat pengajaran,wang ringgit dan
mata benda yang diberikan sebagai pemberian,pinjaman atau bantuan.
Begitu juga tenaga atau sokongan dengan pengaruh dan usaha iktiar,
semua itu juga adalah sumbangan dan budi.
Disebabkan itu,barangkali elok sesekali kita hayati sebuah pantun klasik,
PULAU PANDAN JAUH KETENGAH,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA,
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment