KAWAN2 SAYA
Tuesday, March 3, 2009
Isteri Solehah, Anak Cemerlang.
Isteri adalah pendidik dan pengasuh terbaik untuk anak-anak.Apatah lagi isteri
solehah,dia dianggap bonus kepada keluarga dan akan mewariskan segala ilmu
agama yang dimilikki kepada anaknya agar si anak kelak bakal menjadi soleh
dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa,tetapi juga kepada Allah.
Pepatah 'tangan yang menghayun buaian,boleh menggoncangkan dunia'secara
tidak langsung menggambarkan pentingnya peranan dan tanggungjawab siibu.
Ibu yang lengkap pendidikan agama pasti dapat menyumbang pada akhlak dan
peribadi mulia anak.Ini kerana agama adalah ramuan terbaik yang boleh
melenturkan peribadi anak,jadi perhiasan akhlak terpuji serta pengisi minda
dan hati.
Ibu (juga isteri)solehah digambarkan bakal beroleh keberkatan hidup dunia dan
akhirat.Ini menepati sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,yang penyayang,yang
memelihara kehormatannya,yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya,yang
menghormati suaminya,menghias dirinya hanya untuk suaminya tercinta,memelihara
dirinya daripada pandangan orang lain,yang mendengar kata-kata suaminya dan
mentaati segala perintahnya.Apabila bersama suaminya,dia memberikan apa saja
yang diperlukan suaminya dan tidak pula menolak ajakannya serta tidak
merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya dihadapan orang lain....
(Riwayat al-Tausi)
Demikianlah istimewanya isteri dan ibu yang solehah kerana dialah pemacu
keluarga yang sempurna.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment