KAWAN2 SAYA
Monday, December 27, 2010
ITU KAH DIA
kenapa susah sangat kita nak lupakan setiap kenangan sedih yang ada dalam diri kita...kenapa tak mudah kita nak hapuskan kan segala apa yang telah terjadi...
Demi Tuhan apa yang terjadi adalah perjalanan kada' dan qadar dariNya..itu yang kita dah tahu dari azali..tapi sebagai insan kerdil dibumi Tuhan ini,kesedihan tu senantiasa menghambat diri,kesedihan itu pasti ada dalam ruang hati ini..tak mudah untuk dihapuskan walau dah dicuba ratusan kali..tetap begitu....tetap begitu..
sesekali dengan tiba2 airmata ini akan turun sendiri bila teringat kesah itu..selalu hati ini bertanya kenapa dia sanggup melukai hati ini,tak sayangkah dia,tak ada kah cinta lagi,tak sanggupkah menyulam cinta sehingga hari tua,tak snggup kah bersenang2 dengan ku,tak sanggupkah lihat anak2 bergembira, tak sanggup kah lihat bahtera bahagia,tak sanggup lagi beriringan jalan berpegang tangan,
susah kah nak jawap tiap soalan2 saya..
tanpa kita sedar arus leka dalam diri menjadi raja dalam sanubari kau berpaling cari yang lain..
yang lagi muda,yang berpelajaran,yang reti bersosial,yang reti mengada2,yang reti diajak bersembang,yang reti mengarah kemana aja dia nak pergi..yang reti mengurus duit gajimu....
terbongkar kisah mu bukan kerana rahsia tapi memang sengaja diwar2kan..biar semua kawan2 tahu dia adalah wife muda manis bergaya..seolah2 biar pecah diperut usah pecah dimulut..tapi kau tak, tiada rahsia sebenarnya..yang salah tetap salah,yang pasti hukuman tetap ada..tak didunia tunggu lah diSana...
Oh Tuhan!!!tabahkan lah hati ku walaupun sedikit..tenangkan hati ku walau sedikit..
diri ini perlu kuat untuk menempuh cubaan dan rintangan didepan...Hanya padaMu ku memohon...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment