FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Thursday, November 25, 2010

CONTEST:DERAIAN AIR MATAKU


Saya nak join contest Ieyza,
contest-Deraian Airmataku..
kesah ni paling sedih dalam hidup saya..
meh baca...
kesah ini mengingatkan saya pada putri saya yang ke 4,
yang telah meninggalkan saya pada pagi raya aidilfitri 1993 ketika tu usianya 3thn 2 bulan,
w.pun dah 17 tahun berlalu,
rindu sangat pada dia...dia meninggal kerana kanser mata pada usianya 2thn 8 bulan,diusia masih kecil dia telah diduga dengan penyakit yg begitu berat...
tapi masih segar dalam ingatan saya pada dia,masih ternampak dia berlari2 sama 3 org kakak dan kwn2 dipadang sekolah,masa tu saya ddk kat Quartes T.U.D.M KUANTAN,kebetulan belakang umah saya tu sekolah, disitula tempat anak2 saya bermain,masih ternampak dia bermain layang2 lps balik dari operate buang mata sebelah kirinya,tak de rasa sakit yang ada keseronokan buat dia,apa la yg kanak2 sebesar tu tahu selain bermain dan seronok penuh jerit dan tawa...
selepas buang mata kami bawa dia jalani kimoterapi dikl,bawa dia ngan 3 org lagi kakaknya dengan menaiki bas,masa tu anak2 kecik2 lagi,kereta xde...takde peruntukkan atau bantuan tapi demi anak kami redah juga la...banyak perkara sedih yg kami tempuhi masa tempoh bawa dia kekl tuk rawatan susulan ni..hampir setahun laa...4 bulan sebelum dia pergi saya disah kan mengandung anak ke5....
selepas dari rawatan kimo dia selalu demam doktor kata antibody badannya dah lemah,kami bawa gak keklinik swasta,doktor kata xleh buat pape kerana najis nya dah itam,masa tu x faham kenapa semua Dr yang kami jumpa jawapan nya sama,kenapa xnak ubatkan...kami bawa pulak ke makcik bidan yang selalu urutkan org bersalin,bila dia tgk anak kami dia diam je,cuma kata esok lusa tu baik la,bagi air jampi je...emmm makcik ni kata esok lusa baik pulak,xtau mana satu yang betul...
seminggu sebelum raya kami kena bawa dia untuk rawatan kimo yang terakhir,suami saya je yang bawa dia dengan menaiki bas,saya hanya hantar mereka keperhentian bas,masa naik bas tu dia merenung saya dengan tajam wajahnya sayu,saya tahu dia tak mahu pergi demamnya belum sembuh,lagipun rawatan kimo ni menyakitkan,habis rambut gugur,kepala dia dah botak,bas berlalu membawa suami dan putri saya...sambil melangkah lemah saya menangis sepanjang perjalanan pulang kerumah,anak2 yang lain belum bangun lagi......
pada petang raya,kami sebuk membeli barang2 tuk persiapan raya esok,kami dah sepakat tak balik raya kerana ada perselisihan antara saya dengan mertua,masa saya ddk umah mereka tuk jalani rawatan putri kami,raya di Quartes je la dengan 2-3 kawan2 yang tak balik ke kg,masa malam raya kami sedang sebok menyiapkan juadah ,putri kami menangis je,gelisah hingga tengah malam,tak tahu apa yang dia nak,kerana keletihan akhirnya kami tertidur...
esok raya juadah dah siap masak kat dapur,putri kami tengah tidor,saya dekati dia....usap2 kepala yang tajam dengan rambut yg baru nak tumbuh dan cium dia puas2...sayu tgk dia,5 minit lepas tu dia terjaga menangis dalam pelukan saya,nafasnya turun naik dengan laju,saya kejutkan suami yang lena dalam kepenatan kerana berjaga,tanpa berlengah kami bawa anak kami kehospital ditemani kawan.....
kedengaran takbir raya di sepanjang perjalanan kehospital,umat islam beramai2 kemasjid tuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri..
sampai di hospital diusung kebilik rawatan rapi selepas seorang Dr bertanya tentang anak kami,kami disuruh menanti di luar bersama2 ngan anak yg lain,sejam lepas tu putri kami diusung ke tingakt 8 wad kanak2...anak2 yg lain tunggu kat bawah kerana tak dibenarkan naik,saya suruh anak2 ddk satu tempat dan jgn g mana2,sampai je kat atas tu,Dr kanak2 anak saya diperiksa lagi kerana tiba2 mengalami sesak nafas,kami diam tanpa bersuara,setengah jam lepas tu DR keluar,dan mengesahkan putri saya x dapat diselamatkan lagi,hilang semangat saya dibawa pergi,saya peluk suami tuk cari kekuatan...
kami masuk kebilik doktor terbaring kaku putri kesayangan kami kerana tak mampu melawan penyakitnya,...
dengan lafaz bismillahirrhmanirrahim ibu lepaskan kamu,muga kamu tenang disana,tunggu ibu nanti ya!!!
setelah semua urusan selesai kami bawa anak kami pulang,dirumah telah ramai yang menunggu kami,
semasa dihospital suami terjumpa kawan dan telah memberitahu yang anak kami dah tak de,...jadi dengan pertolongan pihak T.U.D.M anak kami telah dapat diuruskan dengan secepatnya,seingat saya hari itu adalah hari Jumaat,anak saya telah selamat disemadikan sebelum asar...
kalau Putri saya ada sekarang umor nya dah 19thn,sama besar dengan 3 org lg kakaknya,
janji Tuhan tu pasti,takkan lewat atau cepat walau sesaat pun,saya merelakan dengan ikhlas...
itu la kesah saya...
dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada kawan2,jiran2 dan org2 yang tak dikenali yang hadir menguruskan putri saya dari awal hingga selamat disemadikan...AMIN

pada kawan2 yg nak join GA ni klik sini...
berakhir pada 25DIS2010
sebelum tu saya nak tag deqlis,nina dan elaila...

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya