أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنسائهم خلقا
“....Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya..."
(Al-Mubarakfuri, Kitab Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi, Hadith no. 1162, كتاب الرضاع , باب ما جاء في حق المرأة على زوجها )
"...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga ku.."
(Hr. Imam Tirmizi)
Berkata Al-Imam Ibnu Kathir rh ketika menafsirkan ayat ini :
Rasulullah SAW sendiri telah bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)-ku.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 2/173)
2)Wanita..tempat mereka bukan hanya Di DAPUR!!
"...bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut..."
(Ust. Zaharuddin, Artikel Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia,Dr. Muhammad 'Uqlah, Nizam Al-Usrah, Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', 2/282)
Para Ummahat di zaman Rasulullah SAW menjadi doktor, dan perawat kepada sabahat-sahabat Rasulullah SAW yang luka dan cedera di medan perang.
".....Rasulullah bertanding (lumba lari) dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding (lumba lari) lagi dengan saya dan dia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu...."
(H.Riwayat Ahmad dan Abu Daud, Al-Qardhawi, Al-Halal wal Haram)
3)Tajdid perlukan kekuatan walaupun berseorangan..
".....Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)....."
(H.Riwayat Baihaqi. الحوادث والبدع Al-Madkhali)
4)Perubahan tidak boleh dilakukan secara mendesak dan mendadak..
5)Wanita bukanlah alat suami tetapi sayap dalam keluarga..
6)Berpoligami itu harus, tetapi, berlaku adillah kepada isteri-isteri..Jika tidak, cukuplah dengan seorang dan bahagiakanlah seadanya..
7)Islam meraikan fitrah ummatnya dan kebebasan..Namun, kebebasan tersebut biarlah terikat dengan Al-Quran dan Sunnah (tidak menyanggahinya)
0 comments:
Post a Comment