PETUA DAPUR
HILANGKAN BAU BOTOL SUSUSetelah beberapa lama digunakan, botol susu biasanya akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi menghilangkan bau, ikut cara-cara berikut :
- Mula-mula basuh botol susu.
- Kemudian rendam dalam air sejuk selama 10-15 minit
- Setelah itu masukkan air suam, sedikit serbuk sabun dan sedikit garam.
- Goncang hingga berbuih, biarkan sebentar.
- Buang air sabun tadi, masukkan semula air suam dan garam. Berus rata-rata.
- Akhir sekali bilas botol bersih-bersih dan keringkan.
MENGHARUMKAN DAPUR
Pada kebiasaanya bahagian dapur akan berbau kurang menyenangkan anda, terutama selepas anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebus beberapa kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian semburkan atau lapkan air rebusan tadi pada kabinet dapur, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan untuk menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan...
CEGAH BUAH JADI LEBAM
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Limau nipis pada pisau tadi dapat mengelakkan potongan buah-buahan itu tadi kelihatan lebam dan nampak cantik..
0 comments:
Post a Comment