BEBERAPA WASIAT RASULULLAH S.A.W KHUSUS UNTUK WANITA
KAWAN2 SAYA
Monday, March 15, 2010
WASIAT RASULULLAH S.A.W.
1. Wanita yang taat pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikan di air, malaikat-malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfarlah bagi-nya, selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai-Nya.
2. Wanita yang bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
3. Wanita yang lari dari rumah suami-nya, tidak diterima solatnya, sehingga ia Kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya meminta maaf.
4. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum (lain, yang ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata memandangnya itu berzina.
5. Wanita hendaklah mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.
6. Wanita yang berkata pada suaminya “Tidak pernah aku mendapat dari mu satu kebajikan pun “Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.
7. Wanita apabila mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.
8. Wanita apabila solat lima waktu , puasa sebulan Ramadhan , memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya ,masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia kehendaki.
9. Wanita yang sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ia taati dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya.
10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak’, haramlah baginya bau syurga.
11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya; akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.
12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada dalam kemurkaan Allah hingga ia kembali ke rumah atau di redhai oleh suaminya.
13. Wanita yang mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
14. Wanita yang bersolat dengan tidak mendoakan suaminya, maka akan ditolak solatnya.
15. Wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
16. Wanita yang membuat kebajikan pada suaminya , dengan meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengeratkan kukunya , memberi minum , Allah akan sediakan dia dari sungai-sungai syurga , serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya akan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga , serta mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian Siratul Mustaqiim.
17. Wanita yang menderhaka ialah apabila menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya , keluar rumah tanpa izin suaminya , samada suami ada di rumah atau tidak , keluar belajar 'ilmu yang bukan fardhu 'ain , enggan berpindah bersama suami , mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin masuk , bermasam muka ketika berhadapan dengan suami , minta cerai , bercakap kasar , berpaling atau membelakangi ketika bercakap , menyakiti hati suami dengan perkataan atau perbuatan , meninggalkan tempat tidur , benarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.
18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, kerana ia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment