kedit tuk ARTICLES
25. Kisah Nabi Muhammad SAW
2 weeks ago
Alihkan matamu kelaut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya, jika rasa kecewa,pandanglah kesungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah kelangit, akan sedar bahawa ALLAH senantiasa bersamamu..
“Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.
Kata Tsauban kepada Nabi: Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.
Nabi memberitahu: Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”
I am a |
3 comments:
dlm 5 perkara akhlak ni, ibubapa slalu lupa didik anak berakhlak dgn guru. Dlm Islam pun guru adalah pengganti ibubapa jika mrk meninggal dunia. Tp kdg2 ibubapa sendiri mengutuk guru2 anak mrk, manalah nak ada keberkatan n pelajaran yg disampaikn x akan sampai keberkatannya pd anak2 n mrk masih menyalahkn guru2 walhal mrk sendiri yg menyebabkn pelajaran x boleh masuk ke fikiran anak2. Satu artikel yg bagus ni imanmom!
salam...mintak izin ambik article ini utk n3 k.ani ekk :)
k.ani saya izinkan,muga ramai yang akan dapat faedah dari artikel ini...
Post a Comment