FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Thursday, August 6, 2009

Teknik Bertengkar Cara Positif..

1. Jgn Terlampau Byk Berckp



Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika

marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan

masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai

suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada
terlalu
menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan
tidak
puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi

bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.



2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan



Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada
ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan
turut merangsang
pasangan mengungkit kelemahan anda... Lagi pula, anda tidak akan menang

dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih
parah.
Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya

tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan

meninggikan suara.



3. Jgn Membalas Perbuatannya



Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah
rumah.
Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda
pula
bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya

memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda..

Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda
sendiri.


4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan



Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam

keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Anda
harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan

pandangan anda.



5. Fokus Pada Masalah



Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan

turut menjadi masalah.



6. Jgn Tinggikan Suara



Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara

pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan
keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga
isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat

menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.



7. Gunakan Panggilan Manja



Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau

'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya.
Panggilan
kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah

sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar

termasuklah 'aku' dan 'kau'.



8. Elakkan Terlalu Emosional



Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas
mulut.
Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius
memandangkan
ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak
terhadap lawannya.



9. Gunakan Perkataan Yg Baik2



Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang
tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.

Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa
sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"



10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur



Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera
dan
bermesra-mesra sesama sendiri.



11. Dengar Luahan Is3



Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat

menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja
anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri

yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.



12. Jgn Bergaduh Depan Anak2



Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2
keliru
dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar

atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda

menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan

menjejaskan imej anda sekeluarga.



13. Bersabar



Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding
dengan
isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda.

Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis
pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.



14. Say NO To Third Party



Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan
orang
lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan
keadaan.
Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah

anda.



15. Mengalah Tidak Bererti Kalah



Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda
hanya
perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.



16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai



Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan
segera
meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan
ini
sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan

keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu
ingat
bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.



Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan

menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan

memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.

Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda
bahawa
anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa

tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.



17. Luahkan



Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu

meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum
anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan
sebenar
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.



18. Pelukan Dan Kemaafan



Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan
masalah
telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda

seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu

tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda

selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih

hebat.


0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya