Mudahkah kerja alih perabot ketika pindah rumah..
KAWAN2 SAYA
Sunday, July 26, 2009
Fabrik Elak Kesan Calar.
Mudahkah kerja alih perabot ketika pindah rumah..
Menghias kediaman memerlukan kreativiti dan pengetahuan asas supauya segala elemen yang diketengahkan mampu menyerlahkan keindahan ruang.
Beberapa panduan khusus mungkin membantu mengatasi sebarang kemungkinan terutama jika baru berpindah rumah. Teknik menggantung gambar umpamanya perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelak kerosakan pada dinding. Sebelum mengetuk penyangkut gambar kedinding,panaskan paku menggunakan mancis bagi memudahkan paku terbenam tanpa berlaku rekahan.
Lekat pita pelekat diluar bingkai gambar untuk diselarikan susunannya dan ia membantu bingkai gambar yang digantung berada pada kedudukan asal.
Penggunaan seterika dan tisu dapat menghilangkan kesan tumpahan lilin tanpa perlu mengubah penataan seluruh ruang.
Lakukan dengan mudah iaitu membiarkan beberapa ketika kesan tumpahan lilin sebelum dicungkil menggunakan kad terpakai.Panaskan seterika pada suhu rendah dan letakkan tisu untuk menyerap segala tumpahan lilin itu. Ulang beberapa kali hingga kesan berkenaan hilang sepenuhnya dan menyerlahkan kembali keceriaan dekorasi pilihan.
Penggunaan setokin atau fabrik terpakai antara alternatif mengelak kesan calar selain memudahkan kerja mengalih perabot. Bagi perabot besar yang ingin dialihkan,selitkan fabrik atau tuala terpakai dibawah perabot itu terlebih dahulu.Jika memiliki perabot kayu gunakan pencuci untuk membersihkan kekotoran.
Lantai simen pun boleh dibersihkan menggunakan soda penaik dan air panas kerana ia selamat serta bebas kimia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment