FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Tuesday, May 26, 2009



Hikmat Ayat Seribu Dinar

Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Diamalkan dengan membaca ayat ini 11 kali setelah shalat magrib, isya, atau shubuh
ditambah ” Yaa musabbibul assbabisabbib” 11 x juga .
dan diamalkan dalam hati juga…
Insyaallah Lancar dunia & akherat makmur sejahtera.
Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Musibah yang Menimpa Kamu

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong selain Allah.
(QS. 42. Asy Syuura : 30-31)
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauhul Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadapa apa yang di berikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(QS. 57. Al Hadiid : 22-23)
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak di panjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
“Apakah manusia itu menduga bahawa mereka di biarkan saja mengatakan : “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(QS.29. Al Ankabuut : 2 -3)
“Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi itu lagi besertanya, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu di sediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.
(QS. 13. Ar-Ra’ad: 18)
Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik dilangit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan serta mengetahui apa yang kamu usahakan.”
(QS. 6. Al An’aam)
Sifat-sifat yang di larang didalam melakukan Ibadah:
1. Riya’
Melakukan ibadah kerana merasa senang di puji, merasa harga diri sebagai ahli ibadah.
2. Sum’ah
Melakukan ibadah kerana ingin menjadi masyhur, terkenal dan popular.
3. Ujub
Merasakan bahawa tiada seorangpun yang dapat kecuali dirinya (bangga diri)
4. Takabur
Melakukan ibadah dan merasa besar diri (sombong) dengan kejayaan yang disedekahkan.
5. Hasaud
Baik lahiriyah tetapi rosak dalamnya (batin nya)
6. Riyasah
Gila pangkat, merasa jangan selalu di bawahnya atau ingin jadi pemimpin tetapi tidak layak (banyak kekurangan dari banyak segi)
7. Tamak dan Cinta Dunia
Lupa rakyat dan sesamanya dan lalai hari kemudian (lupa daratan dengan kemewahan yang palsu)
“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Qadar

Ertinya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Mengikut urutan surah-surah di dalam Al-Qur’an, surah Al-Qadar jatuh pada urutan yang ke-97. Maksud Al-Qadar ialah “kemuliaan.” Surah ini agak pendek dan singkat, hanya lima ayat sahaja. Tetapi meskipun lima ayat sahaja, ia mengandungi rahsia dan khasiat yang banyak jika di amalkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
Menurut suatu riwayat, Imam Ahmad bin Musa pernah ditanya oleh seseorang tentang rezeki. Dia memberi penjelasan bahawa masalah rezeki akan murah dan mudah diperolehi jika kita berwirid membaca surah Al-Qadar setiap kali selesai menunaikan sembahyang (wajib) yang lima.
Terdapat banyak faedah dan khasiat yang terkandung dalam surah ini, antara lain ialah:
1. Memudahkan Mendapat Rezeki
Jika disebut ‘rezeki’, maka fikiran kebanyakan orang tertuju kepada harta benda semata-mata. Padahal yang di namakan rezeki itu lebih luas pengertiannya. Sebenarnya ‘rezeki’ itu meliputi banyak perkara, termasuk umur panjang, kesihatan tubuh badan dan segala sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika kita memohon rezeki yang murah kepada Allah bermakna yang kita minta itu meliputi apa sahaja yang kita perlukan dalam hidup kita. Menurut satu riwayat, orang yang membiasakan diri membaca surah Al-Qadar sebanyak-banyaknya akan di bebaskan dari kepayahan mencari rezeki. Allah SWT akan melapangkannya.
2. Di lepaskan Dari Seksa Kubur
Khaifiatnya, mula-mula hendaklah membacakan surah tersebut sebanyak 7 (tujuh) kali, selepas itu ambil sejemput tanah dan di sertakan pada kain kafan si mati atau di masukkan ke dalam liang lahad kuburnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, si mati akan di jauhkan dari seksa kubur.
3. Menguatkan Iman.
Bacalah surah Al-Qadar pada setiap hari Jumaat sebanyak 1,000 (seribu) kali, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT iman anda bertambah kuat dan terhindar dari godaan syaitan yang terlaknat, insya-Allah.
4. Memudahkan Mendapat Rezeki Yang Halal
Untuk memudahkan mencari rezeki dan kehidupan, anda hendaklah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhi perkara-perkara yang haram. Salah satu cara dan khaifiat yang di perturunkan oleh ulama-ulama dahulu ialah beramal dengan surah Al-Qadar ini, iaitu dengan menjadikan surah ini sebagai perantaraan untuk memohon dan meminta rezeki rezeki kepada Yang Maha Memberi Rezeki, yakni Allah SWT.
Kaifiatnya ialah membaca surah Al-Qadar ini sebanyak tiga puluh enam (36) kali pada minyak wangi. Kemudian anda percikkan minyak wangi tersebut pada pakaian anda, setelah itu barulah anda bertolak untuk pergi bekerja di mana anda akan beroleh hasil atau rezeki yang halal.
5. Untuk Memperoleh Segala Impian.
Khaifiatnya, mula-mula anda hendaklah menunaikan solat hajat dua rakaat pada sebelah malam. Kemudian anda hendaklah berzikir, lalu bacalah surah Al-Qadar ini sebanyak 61 (enam puluh satu) kali. Seterusnya sebutkan apa yang anda ingin perolehi dalam hidup ini. Insya’allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT terkabullah apa yang anda mohon itu.
6. Keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai.
Menurut ulama Ahli Hikmah, jika Surah al-Qadar itu dibaca sebanyak 35 kali, dan dibacakan pada air yang suci lalu disiramkan pada kain yang baru, kemudian kain itu dipakai untuk berusaha atau bekerja, maka insya Allah diberi keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya