FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, May 25, 2009

Suami

1)Menjadi suami yang baik ahklaknya dengan sang isteri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Contohi sikap Baginda Rasulullah SAW ketika melayani isteri dan dalam setiap apa yang terkait dengan urusan rumah tangga.

: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنسائهم خلقا

“....Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya..."
(Al-Mubarakfuri, Kitab Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi, Hadith no. 1162, كتاب الرضاع , باب ما جاء في حق المرأة على زوجها )

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

"...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga ku.."
(Hr. Imam Tirmizi)


وعاشروهن بالمعروف
(Surah An-Nisa' : 19)

Berkata Al-Imam Ibnu Kathir rh ketika menafsirkan ayat ini :

أي طيبوا أقوالكم لهن وحسنوا أفعالكم وهيئاتكم بحسب قدرتكم كما تحب ذلك منها فافعل أنت بها مثله كما قال تعالى " ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف " وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " خيركم خيركم لأهله , وأنا خيركم لأهلي " وكان من أخلاقه صلى الله عليه وسلم أنه جميل العشرة دائم البشر , يداعب أهله , ويتلطف بهم ويوسعهم نفقة ويضاحك نساءه حتى إنه كان يسابق عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها يتودد إليها بذلك

"..iaitu perindahkanlah ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) serta perbaguslah perilaku dan penampilan kalian sesuai dengan kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau juga berbuat yang sama. Allah Ta’ala berfirman dalam hal ini “Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” (Al-Baqarah: 228)

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)-ku.”

Termasuk akhlak Nabi SAW beliau sangat baik pergaulannya dengan para isterinya. Wajahnya senantiasa berseri-seri, suka bersenda gurau dan ramah dengan isteri, bersikap lemah-lembut terhadap mereka dan melapangkan mereka dalam hal nafkah serta tertawa bersama mereka. sehinggakan beliau pernah mengajak ‘Aisyah Ummul Mukminin r.anha berlumba-lumba dalam rangka menunjukkan cinta dan kasih sayang beliau terhadapnya....”
(Tafsir Ibnu Katsir, 2/173)

2)Wanita..tempat mereka bukan hanya Di DAPUR!!

"...bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut..."
(Ust. Zaharuddin, Artikel Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia,Dr. Muhammad 'Uqlah, Nizam Al-Usrah, Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', 2/282)

Para Ummahat di zaman Rasulullah SAW menjadi doktor, dan perawat kepada sabahat-sahabat Rasulullah SAW yang luka dan cedera di medan perang.

".....Rasulullah bertanding (lumba lari) dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding (lumba lari) lagi dengan saya dan dia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu...."
(H.Riwayat Ahmad dan Abu Daud, Al-Qardhawi, Al-Halal wal Haram)

3)Tajdid perlukan kekuatan walaupun berseorangan..

اَلْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ

".....Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)....."
(H.Riwayat Baihaqi. الحوادث والبدع Al-Madkhali)

4)Perubahan tidak boleh dilakukan secara mendesak dan mendadak..

5)Wanita bukanlah alat suami tetapi sayap dalam keluarga..

6)Berpoligami itu harus, tetapi, berlaku adillah kepada isteri-isteri..Jika tidak, cukuplah dengan seorang dan bahagiakanlah seadanya..

7)Islam meraikan fitrah ummatnya dan kebebasan..Namun, kebebasan tersebut biarlah terikat dengan Al-Quran dan Sunnah (tidak menyanggahinya)

Friday, May 22, 2009

ADAT ORANG BERJALAN DI MUKA BUMI INI

Adat orang berjalan di muka bumi ini...

janganlah engkau derhaka dengan nikmat ALLAH
janganlah engaku angkuh dengan pemberian ALLAH
Janganlah engkau sombong dengan hamba hamba ALLAH

Adat orang berjalan di muka bumi ini....
jagalah lidah-mu sebelum ia melukakan orang lain
jagalah tingkah laku-mu sebelum ia membinasakan orang lain
janganlah mendongak ke langit kerana angkuh,
bukan juga menunduk ke bawah kerana asa yang putus
tapi ikutlah resmi berisi,
semakin berat, semakin merendah diri....

Adat orang berjalan di muka bumi ini...
bersabarlah
kerana ia akan membentuk kekuatan pada dirimu
juga pahala yang besar di sisi ALLAH
Jangan engkau berkeluh keash,
kerana itu kelemahan ketara bagi dirimu...

Adat orang berjalan di muka bumi ini....
Carilah ilmu sedalam mana yang kau mampu
kerana ilmu itu kekuasaan yang pertama
Cari lah kebendaan sebanyak mana yang kamu mampu
kerana kebendaan itu adalah kekuasaan yang kedua
Namun,
jangan kecintaan kamu kepada sesuatu itu membuat kamu lupa
pada yang maha mencipta-ALLAH S.W.T

Ibn Faldan


Saturday, April 25, 2009

Berhati-hati Menggunakan Pewarna Rambut...


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Di akhir-akhir ini ramai para remaja dan belia kita yang mewarnakan rambut mereka dengan warna yang bermacam-macam sehingga menjadi satu trend atau gaya terbaru. Apakah trend atau gaya mewarna rambut sebegini dibolehkan dalam syara‘ atau pun sebaliknya? Jika sekiranya dibolehkan, apakah garis panduan yang ditetapkan oleh syara‘ mengenainya?

Bolehkah Mewarna Rambut?

Mewarna rambut yang beruban dengan warna kuning atau merah adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Begitu juga janggut yang beruban. (Al-Majmu‘: 1/360-362). Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya“Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarna (rambut dan janggut mereka yang beruban, oleh kerana itu) kamu buatlah kelainan daripada mereka (dengan mewarna rambut dan janggut kamu yang beruban).”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Adapun rambut yang tidak beruban adalah sayugianya dikekalkan atau dibiarkan sebagaimana asalnya tanpa perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu hajat untuk mewarnakannya seperti untuk tujuan perubatan.

Mewarna Rambut Dengan Warna Hitam

Bagaimanapun, mewarna rambut dengan warna hitam sama ada bagi lelaki atau perempuan adalah diharamkan. Daripada Jabir radhiallahu ‘anhukatanya:

Maksudnya“Pada hari penaklukkan Mekkah, Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya yang berwarna putih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: “Tukarlah ini (rambut dan janggut) dengan sesuatu (yang lain), tetapi jauhilah (dari menggunakan) warna hitam”.

(Hadis riwayat Muslim)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma pula meriwayatkan bahawa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya“Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarna rambut dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka itu tidak akan dapat mencium bau syurga”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dua hadis yang tersebut di atas, maka adalah haram mewarna rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan.

Walaubagaimana pun diberi kelonggaran bagi orang yang keluar berjihad menggunakan warna hitam sekiranya ia bertujuan untuk menakutkan musuh. Begitu juga diberi kelonggaran kepada wanita yang bersuami menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suaminya. (Al-Majmu‘: 1/360-362 dan Bughyah al-Mustarsyidin: 78)

Pewarna Rambut Yang Terdapat Di Pasaran

Pewarna rambut yang terdapat di pasaran sewajarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna tersebut mempunyai cap perkataan HALAL oleh negara pengeluar.

Setakat manakah keharusan menggunakan bahan pewarna tersebut dan apakah ia tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar, perkara tersebut tidak dapat dipastikan dengan yakin. Oleh kerana itu, hendaklah berhati-hati dalam menggunakannya.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu’). Ini bererti air yang bersih wajib sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu’. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tiadalah sah mandi hadas dan wudhu’ itu. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhu’nya itu tidak terangkat.

Dari itu, sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut (menghalang air sampai ke rambut) adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air dari sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Meniru Trend Dan Gaya Orang Bukan Islam

Perbuatan mewarna rambut kerana meniru trend dan gaya penampilan orang-orang bukan Islam adalah tidak bersesuaian dengan prinsip akhlak agama Islam, sebagaimana yang kita lihat akhir-akhir ini ianya menjadi ikutan di kalangan anak-anak remaja bahkan belia-belia Islam zaman sekarang. Meniru trend atau gaya orang bukan Islam adalah dilarang kerana perbuatan tersebut akan menjadikannya tergolong dalam kumpulan tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam ada bersabda:

Maksudnya“Sesiapa yang menyerupai/meniru sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah menyerupai mereka (orang yang bukan Islam) dari sudut penampilan zahiriyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggap kelakuan orang bukan Islam itu satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukan kelakuan orang bukan Islam itu.

Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi satu kebiasaan kepada dirinya. Jika ini berlaku akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang bukan Islam itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa bertujuan meniru perbuatan mereka itu demi menjaga iman dan akidah umat Islam daripada terjerumus ke arah perkara yang boleh membawa kepada kekufurran.Wal‘iyadzubillah.

Kesimpulannya mewarna uban yang tedapat di kepala adalah sunat sama ada bagi lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah bukan warna hitam. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan warna hitam sekiranya ianya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Begitu juga, perempuan diberi kelonggaran menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suami itu.

Tanda atau logo HALAL yang dicap pada pewarna rambut yang terdapat di pasaran bukanlah suatu jaminan bahawa pewarna rambut itu tidak akan menghalang air sampai ke rambut sekalipun ia suci. Oleh itu, adalah lebih selamat tidak menggunakannya atau dipastikan terlebih dahulu dengan yakin agar kita terhindar dari perkara yang syubhah atau yang samar-samar demi memelihara kesucian agama, sesuai dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan, ketahuilah ia adalah hati.”

(Hadis riwayat Muslim)

Pewarna yang jelas selamat lagi harus ialah seumpama ‘inai’.


Haram Makan Ulat Besar-Besar yang banyak ada Kat Serawak tu...

Ulat Mulong Itu Haram

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makansi-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445. 

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Friday, April 24, 2009

Apa itu Gamat...

APA ITU GAMAT

GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, beberntuk seakan-akan timun dan cempedak.  Dianggarkan terdapat sebanyak 1100 spesis timun laut di dunia tetapi hanya lebih kurang 50 spesis sahaja yang boleh dijumpai di perairan Malaysia.

Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain.  Tetapi spesis timun laut yang benar-benar asli dan bermutu tinggi serta paling berkhasiat berwarna kuning keemasan - dikenali sebagai Gamat Emas atau nama saintifiknya STICHOPUS HORRENS.

Habitat gamat pada waktu siang ialah suka menyembunyikan diri di celah-celah batu karang.  Ia aktif pada waktu malam dan terpaksa menyelam sedalam 60-70 kaki untuk mendapatkannya pada waktu malam.  Saiznya sebesar tapak tangan.  Gamat paling besar sepanjang satu kaki.  Saiz gamat berbeza mengijut tempat dan paras laut.  Misalnya gamat di Pulau Langkawi, Kedah, saiznya kecil kerana lebih terdedah kepada pencemaran dan tekanan berbanding saiz gamat yang diperolehi di Pulau Pangkor, Perak yang lebih besar.

Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia.  Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut.  Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat.  Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.

Gamat mempunyai nilai terapeutik (keupayaan menyembuh / merawat) yang baik.  Oleh itu, potensi untuk dikomersialkan dalam bidang perawatan moden dan kosmetik, khasnya sangat luas.  Jika kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barangan gamat seperti air ibu gamat, ibu gamat kering, minyak gamat, bedak gamat, balm gamat dan sebagainya.  Bagaimanapun, kerana bau hanyir dan rasa masin, ramai pengguna ubatan gamat kurang sanggup untuk meminum atau memakannya dan ada yang termuntah.

Berdasarkan kajian saintifik dan maklumbalas pesakit, gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secaara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa.  Selain itu, kajian juga menunjukkan ia dapat meningkatkan daya pertahanan badan dan mengurangkan penyakit alahan.

Sesungguhnya gamat emas merupakan augerah alam yang begitu unik yang berupaya mengubati beberapa jenis penyakit dengan dos yang tepat khususnya ulser

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya