FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Monday, June 1, 2009

TIPS NAK KEMAS JAHIT CUFF TANGAN PANJANG ( Ummu sekadar nak menunjukkan tips bagaimana gam dan seterika diperlukan dalam mengemaskan jahitan cuff. Tapi kaedah untuk buat cuff boleh rujuk sumber lain. Atau di izinkan Allah kita buka topik lain pula yaa.)

kebarung7044
Gosok cuff yang dibuat dari ‘kain keras bergam’ pada kain.
kebarung7047
Sapukan gam dibahagian hujung cuff.
kebarung7048
Gosok lebihan lipatan kain ke arah bahagian yang bersapu gam.
kebarung7051
Hasilnya, kepanasan seterika akan melekatkan gam pada lebihan kain tadi dan ia akan nampak melekat kemas.
kebarung7083
Selepas itu kita jahit tindih mesin pada bahagian yang bergam tadi.
kebarung7085
Kemudian cantumkan lapisan kain dan jahit keliling cuff tadi perlahan-lahan.
kebarung7086
Setelah itu kita buat kekemasan dengan menggunting lebihan kain yang tidak diperlukan.
kebarung7087
Setelah diterbalikkan kita jahit tindih mesin( Jahitan ini untuk sementara jadi gunakan mata kia yang besar sekali agar mudah dibuka semula) Tujuan jahit tindih mesin ini ialah supaya bila kita pasang cuff ini pada lengan kain cuff itu tak senget-senget. Malah ia berada dalam kedudukan sempurna. Nak elak berkedut-kedut jugalah.
kebarung7088
Haa macam tu lah rupanya jahitan tindih mesin sementara. Gunakan mata kia lagi besar lagi bagus sebab lagi besar lagi mudah nak buka semula.
kebarung7089
Selepas selesai kita buat tanda jahitan untuk sambung pada lengan menggunakan kapur.
kebarung7090
Ini hasilnya cuff yang dah siap menunggu untuk dipasang ke lengan baju.
kebarung7034
Sebelum itu kita sediakan pula tulang untuk belahan lengan. Ummu memang dah sediakan pakai kertas keras. Puas dah kena conteng-conteng tu dan umur kertas ni dah 4 tahun kot. Jadi bila nak buat tak payah nak lukis-lukis lagi. Dah dijadikan stok untuk puluhan baju …. Jadi mana-mana kotak milo ke, kotak susu ke simpan….. macam-macam boleh guna.
kebarung7060
Setelah tulang untuk belah lengan di buat dari ‘kain keras bergam’ siap maka hendaklah kita seterikakan dia bagi lekat atas kain putih tu.
kebarung7061
Kemudian, macam cuff tadi lah juga. Sapu gam dihujung nya.
kebarung7062
Gosoklah bahagian bergam bagi dia melekat.
kebarung7063
Terbalikkan dan gosok lagi.
kebarung7065
Buat kekemasan dengan memotong lebihan kain yang tak diperlukan dan tinggalkan basi ½ inci sahaja
kebarung7066
Lipat kedalam lebihan kain tadi.Gosok sikit bagi nampak tanda lipatan.
kebarung7070
Sapukan gam pada bekas lipatan.
kebarung7071
Gosok bahagian lipatan yang bersapu gam.
kebarung7072
Hasilnya nampak kemas.
kebarung7074
Bahagian hujung tulang perlu juga dikemaskan.
kebarung7075
Lipat dan gosok dengan seterika. Boleh gunakan gam untuk melekatkan lipatan dia.
kebarung7077
Inilah hasilnya dari bahagian dalam.
kebarung7076
Ini pula hasil dilihat dari hadapan.
kebarung7108
Nak mulakan menjahit pada bahagian tulang belahan kita perlu jahit bahagian pelapik dengan meletakkan cebisan kain lapik dibahagian dalam belahan kain.
kebarung7109
Terbalikkan dan kemaskan dengan jahit tindih mesin.
kebarung7110
Bahagian tulang kita hanya perlu selitkan aje tulang tersebut tanpa was-was lagi.
kebarung7111
Terus jahit .
kebarung7112
Bahagian hujung kena hati-hati. Kalau anda rasa tak mahir pin dengan jarum peniti dulu. Tapi Ummu terus aje jahit.
kebarung7113
Belahan tangan Ummu buat 5½ inci. Jadi bila nak matikan jahitan (nak coner) Ummu ukur 5 in lah.
kebarung7114
Jadi kita conerlah jahitan mesin tu atas tanda kapur
kebarung7129
Lepas tu pasang lah cuff. Jahit ikut tanda kapur.
kebarung7181
Inilah baju sekolah yang Ummu dah jahit.Tengoklah kemeja Angah yang depan sekali tu labuh dari kemeja kawan anak Ummu kat belakang. Tapi terlupa pulak nak tampal kocek. Heee nanti kita tunggu tips memasang kocek pulak yaa.


Ummu mohon maaf kalau ada sesiapa yang tak faham dengan penerangan ini. Setakad ini sahaja yang termampu Ummu lakarkan dan berkongsi ilmu. Bukan nak tunjuk pandai. Sekadar nak berkongsi rahsia. Mungkin anda juga ada rahsia tersendiri kalau sudi bolehlah berkongsi bersama-sama kami dalam bidang jahitan ini.

MARILAH MENINGATI TUHAN DAN MENGENALINYA

Setiap hari engkau memijak bumi Tuhan

Setiap detik engkau menghirup udara-Nya

Setiap hari engkau makan minum dari rezeki Tuhan

Boleh engkau melupakan-Nya

Engkau mendapatkan ilmu menggunakan akal ciptaan Tuhan

Melihat keindahan dari mata ciptaan-Nya

Mendengar sesuatu yang menghiburkan dari telinga kejadian-Nya

Engkau boleh tidak terkenang rahmat dan nikmat -Nya

Lidah engkau merasa kelazatan makanan nikmat dari-Nya

Engkau minum melepaskan haus dari nikmat -Nya juga

Engkau letih direhatnya engkau dengan ditidurkan, engkau segar semula

Engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja

Sepatutnya engkau malu kepada-Nya, termakan budi dari nikmat -Nya

Tapi engkau tidak terasa apa-apa dari pemberian-Nya

Mengapa engkau menjadi manusia yang tidak mengenang budi

Sepatutnya engkau tersungkur menyembah dan membesarkan-Nya

Marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Tuhan

Yang telah menganugerahkan kita berbagai-bagai nikmat dari-Nya

Nikmat akal, nikmat mulut, nikmat mata, nikmat telinga

Bahkan nikmat yang lebih besar dari itu tidak payah dicerita.

NIKMAT TUHAN

Setiap nafas turun naik adalah nikmat Tuhan

Setiap mata melihat dan objek yang dilihat adalah nikmat-Nya

Suara yang didengar nikmat pemberian dan anugerah-Nya

Telinga yang mendengar juga nikmat dari-Nya

Pijaklah bumi, bumi kepunyaan Tuhan

Kaki yang memijak nikmat dari-Nya juga

Sentuhlah apa sahaja nikmat Tuhan juga

Tangan yang diguna menyentuh, nikmat dari Tuhan

Ketika lapar, ketika makan, makan makanan Tuhan

Makan menggunakan mulut, mulut ciptaan Tuhan

Setelah makan kita kenyang, nikmat Tuhan juga

Hasil makan, badan sihat Tuhan punya nikmat

Setelah kita kenyang, kita pun ke jamban, itu pun nikmat

Kalau tidak dibuang memudharatkan badan

Badan kita pun sihat, hati kita senang

Semuanya itu rahmat dan nikmat Tuhan

Setelah kerja kuat, mengguna akal dan tenaga

Kita pun rehat dengan tidur, untuk memulihkan tenaga

Kita bangun semula, tenaga pulih semula

Boleh digunakan untuk kerja, nikmat pemberian Tuhan

Segala-galanya dari Tuhan, kita perlukan Tuhan

Tapi kita lupa selalu dengan Tuhan, ini manusia apa?

Manusia yang tidak ada hati perut

Segala-galanya nikmat Tuhan boleh kita lupa kepada-Nya

Marilah kita ingat Tuhan dan cinta kepada-Nya.

1

BAHAN:
Asam Gelugur (asam keping)
Pucuk daun jambu batu

CARA:
Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk lumat daun jambu batu. Campurkan air rendaman asam gelugur. Sapukan kemuka, biarkan beberapa minit. Lakukan dua kali seminggu.
2.

BAHAN:

Tomato

CARA:
Belah tomato kemudian lumurkan kemuka sebelum masuk tidur.Keesokkan harinya basuh muka.
3.

BAHAN:
Beras
Daun inai
Limau nipis

CARA:
Tumbuk beras dan daun inai sehingga lumat.Bulatkan adunan kecil-kecil dan jemur. Bila kering simpan dalam botol. Ketika hendak menggunakannya titiskan dengan air limau nipis. Sapukan kemuka.
4.

BAHAN:
Pucuk daun tanjung

CARA:
Gosokkan pucuk daun tanjung pada tapak tangan. Bila keluar airnya sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh muka amalkan setiap hari.
5.

BAHAN:
Bedak sejuk
Kulit kayu manis
sedikit air

CARA:
Gosokkan kulit kayu manis bersama sedikit air atas belakang bekas tembikar(pastikan bekas tembikar bersih). Ambil sedikit bedak sejuk. Lumurkan kemuka sebelum tidur. Lakukan sekerap yang boleh.
6.

BAHAN:
Daun inai secekak
2 cawan air

CARA:
Masakkan daun inai dengan air hingga mendidih. Biarkan airnya sejuk. Kemudian sapukan pada muka yang berjerawat. Amalkan setiap hari.
7

BAHAN:
Kacang hijau
Sedikit air

CARA:
Kisar kacang hijau. Ambil sedikit, campurkan dengan air sedikit. Lumurkan kemuka dan biarkan beberapa minit. Bilas.
8

BAHAN:
Kulit timun

CARA:
Tumbuk kulit timun hingga lumat. Sapukan kemuka yang berjerawt. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan selalu.
9

BAHAN:
Susu
Madu
Putih telur

CARA:
Campurkan susu, madu dan putih telur. Pukul hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Bilas. Amalkan selalu.
10

BAHAN:
Daun pegaga
Sedikit bedak sejuk
Sedikit air

CARA:
tumbuk daun pegaga hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan beberapa minit. Amalkan selalu
11

BAHAN:
Limau nipis
Tepung beras

CARA:
Campukan limau nipis bersama tepung beras.Lumurkan pada muka dan biarkan beberapa minit. Bilas. Amalkan selalu.
12.

BAHAN:
Beberapa helai daun sirih.

CARA:
Tumbuk daun sirih hingga lumat. Kemudian lumurkan kemuka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam dan lap muka perlahan-lahan.
13

BAHAN:
Kulit kayu manis
madu

CARA:
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu. Jadikan masker pada muka. Bila kering basuh.
14

BAHAN:
Sengkuang

CARA:
Parut sengkuang kemudian tapis dan ambil patinya yang mendap sapukan kemuka. Lakukan setiap malam.
1 BAHAN:
Madu
Putih telur
CARA:
Pukul putih telur dan madu. Sapukan ke wajah dan biarkan hingga kering. Kemudian cuci dengan air panas suam.
2 BAHAN:
Tepung beras
Air suam
CARA:
Bancuh tepung beras dengan air suam.Jangan pekat. Sapu pada wajah biarkan kering. Setelah itu bilas muka.
3 BAHAN:
Kacang soya
Air
CARA:
Rendam kacang soya dengan air. Kisar dan air yang sedikit. Buat masker untuk muka. Bila kering cuci dengan air suam.
4 BAHAN:
Kuning telur
Minyak zaitun
Ketulan ais
CARA:
Pukul kuning telur dengan minyak zaitun. Sapukan ke muka. Bila kering cuci muka dengn air suam diikuti gosok dengan ketulan ais.
5 BAHAN:
Buah tomato
CARA:
Sapu lendir yang terdapat pada buah tomato pada muka. Bila kering wapkan pula muka dengan air panas 5 minit.
6 BAHAN:
Kentang
CARA:
Kupas kentang dan hiriskan nipis-nipis. Tekapkan pada muka dan biarkan kering.
7 BAHAN:
Nestum segera yang ada susu dan madu
Air
CARA:
Bancuh nestum dengan sedikit air. Buat masker untuk muka. Amalkan 2 kali seminggu
8 BAHAN:
Pulut hitam
Kuning telur
Air perahan limau nipis
CARA:
Jemur pulut hiram. Kemudian kisar menjadi tepung. Ambil sedikit kadar untuk di pakai campur kuning telur dan limau nipis. Sapukan ke muka. Biar kering dan bilas.
9 BAHAN:
Kulit telur
bedak sejuk
air suam
CARA:
Bersihkan kulit telur. Kemudian jemur dan kisar hingga halus. Campukan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan ke wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam.
10 BAHAN:
Hujung kepala timun
tepung jagung
CARA:
Parut hujung kepala timun. Bancuh bersama tepung jagung. Sapukan ke wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air .
11 BAHAN:
Bedak sejuk
lendir lidah buaya
putih telur
air rebusan kunyit hidup
CARA:
Ambil bedak sejuk campurkan lendir lidah buaya, putih telur dan air rebusan kunyit hidup. Gaul hingga sebati. Sapukan pada wajah setiap malam. Biarkan 30 minit. Cuci dengan air suam
12 BAHAN:
Air nasi yang pekat
CARA:
Ambil 2 sudu air masak nasi yang pekat. Sapukan pada wajah ketika suam. Biarkan kering kemudian cuci.
13 BAHAN:
Air basuhan beras
CARA:
Cuci selalu muka dengan air basuhan beras. Amalkan selalu

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya