FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Tuesday, March 3, 2009

Isteri Solehah, Anak Cemerlang.

Isteri adalah pendidik dan pengasuh terbaik untuk anak-anak.Apatah lagi isteri
solehah,dia dianggap bonus kepada keluarga dan akan mewariskan segala ilmu
agama yang dimilikki kepada anaknya agar si anak kelak bakal menjadi soleh
dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa,tetapi juga kepada Allah.

Pepatah 'tangan yang menghayun buaian,boleh menggoncangkan dunia'secara
tidak langsung menggambarkan pentingnya peranan dan tanggungjawab siibu.
Ibu yang lengkap pendidikan agama pasti dapat menyumbang pada akhlak dan
peribadi mulia anak.Ini kerana agama adalah ramuan terbaik yang boleh
melenturkan peribadi anak,jadi perhiasan akhlak terpuji serta pengisi minda
dan hati.

Ibu (juga isteri)solehah digambarkan bakal beroleh keberkatan hidup dunia dan
akhirat.Ini menepati sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,yang penyayang,yang
memelihara kehormatannya,yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya,yang
menghormati suaminya,menghias dirinya hanya untuk suaminya tercinta,memelihara
dirinya daripada pandangan orang lain,yang mendengar kata-kata suaminya dan
mentaati segala perintahnya.Apabila bersama suaminya,dia memberikan apa saja
yang diperlukan suaminya dan tidak pula menolak ajakannya serta tidak
merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya dihadapan orang lain....
(Riwayat al-Tausi)



Demikianlah istimewanya isteri dan ibu yang solehah kerana dialah pemacu
keluarga yang sempurna.

MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SIHAT

Cara menyediakan dan memasak makanan yang baik boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat.Antaranya;
1.Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
2.Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan.Elakkan daripada
merendam buah-buahan dan sayur-sayuran.Sebaliknya gunakan air bersih yang
mengalir.
3.Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-syuran.
4.Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah di bersihkan.
5.Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau
masakan berkuah.
6.Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan
untuk dimasak.
7.Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran.
Masukkan bahagian-bahagian yang keras dahulu.
8.Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan
vitamin.Menutup kuali atau periuk apabila menggoreng tanpa minyak memendekkan
masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
9.Kurangkan penggunaan garam,kicap.sos,bahan perisa dan soda.Sebaliknya gunakan
air rebusan ayam,daging,ikan bilis dan sayur-sayuran.
10.Kurangkan kandungan lemak sup dan membuang lapisan minyak masak yang beku
setelah disimpan dalam peti sejuk.
11.Elak menggunakan minyak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada
suhu yang tinggi bagi jangka masa yan lama.
12.Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging,ayam,ikan,susu,telur dan makanan
yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah didalam peti ais
sebelum digunakan.Potong daging dan ayam mengikut kuantiti yang diperlukan
untuk satu masakan sebelum dibekukan.Membeku semula makanan yang telah
dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan
makanan.

BAGAIMANA MERANCANG MAKANAN?

Rancang menu hidangan untuk keluarga;
1.Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resepi mengikut yang dicadangkan oleh pakar kesihatan/Kementerian Kesihatan.
2.Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
3.Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
4.Hidangkan makanan yang baru dimasak.
5.Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beraneka warna bentuk.
6.Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara.Ini termasuk memanggang,mengukus,merebus dan menggoreng tanpa minyak.
7.Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
8.Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambahkan kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus.
9.Utamakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
10.Hidangkan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk menggantikan minuman manis.
11.Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari.
12.Utamakan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.
13.Rancang waktu makan mengikut waktu biasa.
14.Jika mengambil makanan ringan,pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
15.Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.

Variasikan Hidangan Untuk Elak Bosan..

KITA TENTU SUDAH BANYAK MENGETAHUI TENTANG JENIS MAKANAN YANG MENYIHATKAN TUBUH.TETAPI CUBA RENUNGKAN,APAKAH SELAMA INI KITA BENAR-BENAR DAPAT MENIKMATI MAKANAN YANG ANDA SANTAP?SEBAHAGIAN DARIPADA KITA,MEMANG TIDAK TERLALU MENITIKBERATKAN SOAL KUALITI MAKANAN.BAGI KEBANYAKAN KITA,ASALKAN MAKANAN ITU SEDAP SUDAH MEMADAI.TETAPI BAGI SEBAHAGIAN ORANG,MEREKA MENGANGGAP BAHAWA MENIKMATI HIDANGAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI KERJA SENI SELAIN BERUPAYA MENYUMBANGKAN PADA KESIHATAN TUBUH.SELAIN ITU JUGA ADA LAGI EMPAT PERKARA LAIN YANG PERLU DIPERHATIKAN:

1.VARIASI RASA
Pilihlah makanan yang memiliki variasi rasa.Cubalah rasa yng berbeza antara makanan pembuka,makanan utama dan makanan penutupnya.Contohnya,jika kita sudah memilih sup ayam sebagai makanan pembuka maka kita perlu memilih hidangan tidak berasaskan ayam pada hidangan utama.

2.VARIASI WARNA MAKANAN
Menikmati makanan dengan yan mempunyai banyak warna pastinya menarik dan tidak membosankan.Pilihlah salad dengan warna sayuran yang berbeza.Misalnya jagung dengan tomato serta lada hijau yang segar.

3.VARIASI TEKSTUR MAKANAN
Jangan menyediakan makanan yang bertekstur sama semuanya pada satu-satu hidangan sahaja.Misalnya kita boleh menggabungkan hidangan bertekstur lembut dengan hidangan bertekstur rapuh untuk satu-satu hidangan.Ini untuk mengelakkan rasa jemu.

4.VARIASI SUHU MAKANAN
Variasikan juga suhu makanan yang kita pilih.Dianjurkan juga untuk tidak memilih hidangan yang sama suhu.Jika kita memilih salad pasta dingin sebagai hidangan pembuka maka makanan utama kita boleh memilih daging kambing panggang dengn kentang putar yang disajikan panas.

Makanan Baik,Jiwa Baik...

Makanan yang bersih,halal dan baik akan menumbuhkan jiwa yang baik juga.Sebaliknya makanan yang kurang terjaga kebersihan dan halal haramnya akan menyebabkan jiwa yang lemah dan menjejaskan mental seseorang.
Dalam aspek kebersihan,Rasulullah mengarahkan agar makanan tidak didedahkan begitu sahaja kerana itu akan memberikan kesan pada makanan itu.Baginda bersabda yang bermaksud,
"Hendaklah kamu menutup sebarang bejana(bekas)kerana ada satu malam dalam setahun,Tuhan turunkan bala.Mana-mana bejana yang tidak tertutup,maka bala itu hinggap padanya".
(riwayat Muslim dan Ahmad).

Kebersihan adalah pokok utama dalam agama.Hatta dalam aspek makanan juga,kebersihan tetap penting.Disebabkan itu,dalam adab makan,Rasulullah memberikan panduan tersendiri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
"Basuhlah tangan sebelum makan makanan".
(riwayat Imam Hakim).


Penyakit merebak kerana kita tidak mengawal kekotoran.Umpamanya makan dengan tangan kotor,makanan yang tidak benar-benar bersih dan membiarkan sampah sarap bersepah-sepah sehingga mengundang bahaya penyakit.Atau dengan kata lain,kita tidak mengambil langkah pencegahan dari awal.

Dalam hal ini,Imam Ghazali pernah berpesan,
"Sesunguhnya langkah pencegahan itu adalah lebih baik daripada mengubati penyakit,jangan sampai wabak taun telah merebak,barulah kita hendak bertindak membersihkan kawasan atau menjaga kebersihan".

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya