FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Thursday, August 6, 2009

Teknik Bertengkar Cara Positif..

1. Jgn Terlampau Byk Berckp



Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika

marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan

masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai

suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada
terlalu
menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan
tidak
puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi

bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.



2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan



Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada
ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan
turut merangsang
pasangan mengungkit kelemahan anda... Lagi pula, anda tidak akan menang

dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih
parah.
Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya

tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan

meninggikan suara.



3. Jgn Membalas Perbuatannya



Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah
rumah.
Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda
pula
bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya

memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda..

Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda
sendiri.


4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan



Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam

keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Anda
harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan

pandangan anda.



5. Fokus Pada Masalah



Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan

turut menjadi masalah.



6. Jgn Tinggikan Suara



Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara

pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan
keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga
isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat

menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.



7. Gunakan Panggilan Manja



Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau

'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya.
Panggilan
kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah

sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar

termasuklah 'aku' dan 'kau'.



8. Elakkan Terlalu Emosional



Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas
mulut.
Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius
memandangkan
ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak
terhadap lawannya.



9. Gunakan Perkataan Yg Baik2



Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang
tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.

Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa
sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"



10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur



Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera
dan
bermesra-mesra sesama sendiri.



11. Dengar Luahan Is3



Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat

menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja
anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri

yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.



12. Jgn Bergaduh Depan Anak2



Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2
keliru
dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar

atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda

menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan

menjejaskan imej anda sekeluarga.



13. Bersabar



Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding
dengan
isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda.

Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis
pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.



14. Say NO To Third Party



Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan
orang
lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan
keadaan.
Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah

anda.



15. Mengalah Tidak Bererti Kalah



Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda
hanya
perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.



16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai



Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan
segera
meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan
ini
sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan

keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu
ingat
bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.



Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan

menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan

memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.

Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda
bahawa
anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa

tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.



17. Luahkan



Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu

meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum
anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan
sebenar
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.



18. Pelukan Dan Kemaafan



Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan
masalah
telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda

seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu

tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda

selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih

hebat.


Rintihan Roh



Diriwayatkan telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya." Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata, "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku." Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris." (An-Naba': 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril a.s. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata, "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar."

Sebagaimana Ibnu Abbas r.a. mengatakan, "Jika datang Hari Raya, hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rejab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata, "Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka. Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:Katakanlah: "la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama." (Yaa Siin: 79)

Jika dikatakan, apakah bezanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan bahawa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbezaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak ke sana ke mari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas'ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas'ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: "Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi."

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia.. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama' ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn , ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.

2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.

3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga..

4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.

5.. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung di angkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.

6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.

7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan di waktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.

Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT,"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah, "Roh itu termasuk urusan Tuhanku."
(Yaa Siin: 79)

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya