FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Saturday, March 28, 2009

Buah Lycium-GOJI

Goji Guarana


:: GOJI GUARANA Health Builders hanya menggunakan ekstrak Goji yang datangnya daripada Daerah Zhongning Negeri Ningxia di Negara Cina. Penduduk di kawasan ini telah mengamalkan Goji Sebagai makanan harian dan mereka percaya Goji membantu mereka hidup aktif dan panjang usia. Guarana telah digunakan secara popular oleh penduduk Brazil sebagai minuman untuk tenaga. Ekstrak Guarana ditambah untuk menguatkan lagi tenaga untuk kesan yang lebih baik.



:: Nota : Untuk kesihatan lelaki dan wanita.


:: Cara Minum : 1 Uncang sehari (tambah jika perlu)


:: AMARAN : Wanita sedang mengandung dan kanak-kanak dilarang minum GOJI GUARANA



Ingredients / Bahan-bahan: Soya Bean, Goji Extract Powder, Honey, Fructose, Guarana extract



BUAH LYCIUM (GOJI)




34 Sebab Mengapa Mesti Goji

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5. Goji mengurangkan risiko kanser
6. Goji mengurangkan kolestrol
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
9. Goji membantu mengurangkan berat badan
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
13. Goji menguatkan jantung anda
14. Goji menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung)
15. Goji meningkatkan halangan penyakit
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
19. Goji menghalang tumbesaran tumor
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)
22. Goji meningkat limfosit
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25. Goji merawat simptom-simptom menopause
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27. Goji meningkatkan kesuburan
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31. Goji membantu batuk kering yang kronik
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34. Goji membantu sistem penghadaman




Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia


Goji Ningxia mengandungi:

· 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
· 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
· 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
· Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
· Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
· Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
· Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
· Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
· Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
· Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
· Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
· Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
· Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
· Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
· Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui...

Goji Hebat, Seantario Dunia
Dari Barat, Hingga Ke China
Rasanya, Oh Tidak Terkira
Pesanlah Sekotak, Bila-Bila Masa

Wednesday, March 4, 2009

Doa Penawar Hati Yang Duka


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

Bingkisan Doa



Ya Allah.... Seandainya telah
engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah
kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu
abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha
mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup
ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau
takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh
dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari
kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya
jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa
bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah
hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana
engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini
mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah
kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang
Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Tuesday, March 3, 2009

Kerana Mengenang Budi.

Berbuat baik dituntut pada semua orang tetapi yang sebaik-baiknya,budi yang
yang ditaburkan bukan minta dibalas.Namun begitu,sebagai orang Islam,
menjadi satu tuntutan juga untuk bersikap mengenang budi dan membalas
kebaikan orang lain terhadap kita dengan kebaikan juga.


Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar,katanya.Rasulullah bersabda bermaksud
"dan sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya.
Kalau kamu tidak ada sesuatu untuk membalasnya,maka berdoalah selalu
baginya,sehingga kamu mengetahui(dengan yakin)bahawa kamu telah membalasnya
dengan sempurna".


Begitu juga dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Tabrani ada
menyatakan bahawa Baginda bersabda bermaksud,
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu,maka hendaklah kamu membalasnya,
maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu
telah berterima kasih kepadanya kerana Allah senantiasa membalas
kebaikan (orang yang berbuat baik)lagi mengasihi orang yang bersyukur.

Mesej daripda hadith ini jelas Rasulullah mendidik umatnya supaya senantiasa
mengenang budi dan berdoa bagi orang yang berbuat baik.Kebaikan itu luas,
sama ada yang berupa tunjuk ajar,nasihat pengajaran,wang ringgit dan
mata benda yang diberikan sebagai pemberian,pinjaman atau bantuan.
Begitu juga tenaga atau sokongan dengan pengaruh dan usaha iktiar,
semua itu juga adalah sumbangan dan budi.

Disebabkan itu,barangkali elok sesekali kita hayati sebuah pantun klasik,

PULAU PANDAN JAUH KETENGAH,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA,
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA.

LIMA PESANAN UNTUK WANITA

1.Hidupkan bacaan hadis Rasulullah s.a.w di rumah dengan seluruh anggota
keluarga.
Digalakkan membaca hadis-hadis Rasulullah agar mudah-mudahan dilahirkan
anak-anak yang soleh dan solehah dan senantiasa mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapanya di dunia dan di akhirat.

2.Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Jika tidak mampu membacanya kerana terlalu sibuk,cukup dengan mencium
Al-Quran dan muhasabah,"Ya Allah,apa dosa saya hingga saya tak dapat nak
kitab-Mu pada hari ini.

3.Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa
seharian Rasulullah s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur,makan dan
sebagainya.

4.Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan dari Syurga untuk
wanita yang hidup sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka
akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT atas wanita tersebut.

5.Galakkan suami untuk bermujahadah atas agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid
atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Isteri Solehah, Anak Cemerlang.

Isteri adalah pendidik dan pengasuh terbaik untuk anak-anak.Apatah lagi isteri
solehah,dia dianggap bonus kepada keluarga dan akan mewariskan segala ilmu
agama yang dimilikki kepada anaknya agar si anak kelak bakal menjadi soleh
dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa,tetapi juga kepada Allah.

Pepatah 'tangan yang menghayun buaian,boleh menggoncangkan dunia'secara
tidak langsung menggambarkan pentingnya peranan dan tanggungjawab siibu.
Ibu yang lengkap pendidikan agama pasti dapat menyumbang pada akhlak dan
peribadi mulia anak.Ini kerana agama adalah ramuan terbaik yang boleh
melenturkan peribadi anak,jadi perhiasan akhlak terpuji serta pengisi minda
dan hati.

Ibu (juga isteri)solehah digambarkan bakal beroleh keberkatan hidup dunia dan
akhirat.Ini menepati sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,yang penyayang,yang
memelihara kehormatannya,yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya,yang
menghormati suaminya,menghias dirinya hanya untuk suaminya tercinta,memelihara
dirinya daripada pandangan orang lain,yang mendengar kata-kata suaminya dan
mentaati segala perintahnya.Apabila bersama suaminya,dia memberikan apa saja
yang diperlukan suaminya dan tidak pula menolak ajakannya serta tidak
merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya dihadapan orang lain....
(Riwayat al-Tausi)



Demikianlah istimewanya isteri dan ibu yang solehah kerana dialah pemacu
keluarga yang sempurna.

MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SIHAT

Cara menyediakan dan memasak makanan yang baik boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat.Antaranya;
1.Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
2.Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan.Elakkan daripada
merendam buah-buahan dan sayur-sayuran.Sebaliknya gunakan air bersih yang
mengalir.
3.Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-syuran.
4.Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah di bersihkan.
5.Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau
masakan berkuah.
6.Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan
untuk dimasak.
7.Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran.
Masukkan bahagian-bahagian yang keras dahulu.
8.Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan
vitamin.Menutup kuali atau periuk apabila menggoreng tanpa minyak memendekkan
masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
9.Kurangkan penggunaan garam,kicap.sos,bahan perisa dan soda.Sebaliknya gunakan
air rebusan ayam,daging,ikan bilis dan sayur-sayuran.
10.Kurangkan kandungan lemak sup dan membuang lapisan minyak masak yang beku
setelah disimpan dalam peti sejuk.
11.Elak menggunakan minyak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada
suhu yang tinggi bagi jangka masa yan lama.
12.Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging,ayam,ikan,susu,telur dan makanan
yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah didalam peti ais
sebelum digunakan.Potong daging dan ayam mengikut kuantiti yang diperlukan
untuk satu masakan sebelum dibekukan.Membeku semula makanan yang telah
dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan
makanan.

BAGAIMANA MERANCANG MAKANAN?

Rancang menu hidangan untuk keluarga;
1.Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resepi mengikut yang dicadangkan oleh pakar kesihatan/Kementerian Kesihatan.
2.Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
3.Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
4.Hidangkan makanan yang baru dimasak.
5.Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beraneka warna bentuk.
6.Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara.Ini termasuk memanggang,mengukus,merebus dan menggoreng tanpa minyak.
7.Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
8.Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambahkan kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus.
9.Utamakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
10.Hidangkan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk menggantikan minuman manis.
11.Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari.
12.Utamakan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.
13.Rancang waktu makan mengikut waktu biasa.
14.Jika mengambil makanan ringan,pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
15.Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.

Variasikan Hidangan Untuk Elak Bosan..

KITA TENTU SUDAH BANYAK MENGETAHUI TENTANG JENIS MAKANAN YANG MENYIHATKAN TUBUH.TETAPI CUBA RENUNGKAN,APAKAH SELAMA INI KITA BENAR-BENAR DAPAT MENIKMATI MAKANAN YANG ANDA SANTAP?SEBAHAGIAN DARIPADA KITA,MEMANG TIDAK TERLALU MENITIKBERATKAN SOAL KUALITI MAKANAN.BAGI KEBANYAKAN KITA,ASALKAN MAKANAN ITU SEDAP SUDAH MEMADAI.TETAPI BAGI SEBAHAGIAN ORANG,MEREKA MENGANGGAP BAHAWA MENIKMATI HIDANGAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI KERJA SENI SELAIN BERUPAYA MENYUMBANGKAN PADA KESIHATAN TUBUH.SELAIN ITU JUGA ADA LAGI EMPAT PERKARA LAIN YANG PERLU DIPERHATIKAN:

1.VARIASI RASA
Pilihlah makanan yang memiliki variasi rasa.Cubalah rasa yng berbeza antara makanan pembuka,makanan utama dan makanan penutupnya.Contohnya,jika kita sudah memilih sup ayam sebagai makanan pembuka maka kita perlu memilih hidangan tidak berasaskan ayam pada hidangan utama.

2.VARIASI WARNA MAKANAN
Menikmati makanan dengan yan mempunyai banyak warna pastinya menarik dan tidak membosankan.Pilihlah salad dengan warna sayuran yang berbeza.Misalnya jagung dengan tomato serta lada hijau yang segar.

3.VARIASI TEKSTUR MAKANAN
Jangan menyediakan makanan yang bertekstur sama semuanya pada satu-satu hidangan sahaja.Misalnya kita boleh menggabungkan hidangan bertekstur lembut dengan hidangan bertekstur rapuh untuk satu-satu hidangan.Ini untuk mengelakkan rasa jemu.

4.VARIASI SUHU MAKANAN
Variasikan juga suhu makanan yang kita pilih.Dianjurkan juga untuk tidak memilih hidangan yang sama suhu.Jika kita memilih salad pasta dingin sebagai hidangan pembuka maka makanan utama kita boleh memilih daging kambing panggang dengn kentang putar yang disajikan panas.

Makanan Baik,Jiwa Baik...

Makanan yang bersih,halal dan baik akan menumbuhkan jiwa yang baik juga.Sebaliknya makanan yang kurang terjaga kebersihan dan halal haramnya akan menyebabkan jiwa yang lemah dan menjejaskan mental seseorang.
Dalam aspek kebersihan,Rasulullah mengarahkan agar makanan tidak didedahkan begitu sahaja kerana itu akan memberikan kesan pada makanan itu.Baginda bersabda yang bermaksud,
"Hendaklah kamu menutup sebarang bejana(bekas)kerana ada satu malam dalam setahun,Tuhan turunkan bala.Mana-mana bejana yang tidak tertutup,maka bala itu hinggap padanya".
(riwayat Muslim dan Ahmad).

Kebersihan adalah pokok utama dalam agama.Hatta dalam aspek makanan juga,kebersihan tetap penting.Disebabkan itu,dalam adab makan,Rasulullah memberikan panduan tersendiri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
"Basuhlah tangan sebelum makan makanan".
(riwayat Imam Hakim).


Penyakit merebak kerana kita tidak mengawal kekotoran.Umpamanya makan dengan tangan kotor,makanan yang tidak benar-benar bersih dan membiarkan sampah sarap bersepah-sepah sehingga mengundang bahaya penyakit.Atau dengan kata lain,kita tidak mengambil langkah pencegahan dari awal.

Dalam hal ini,Imam Ghazali pernah berpesan,
"Sesunguhnya langkah pencegahan itu adalah lebih baik daripada mengubati penyakit,jangan sampai wabak taun telah merebak,barulah kita hendak bertindak membersihkan kawasan atau menjaga kebersihan".

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya