FOLLOWERS

SEBELUM TU TINGGALKAN JEJAK DULU NANTI BOLEH SAYA IKUT!!!

KAWAN2 SAYA

Sunday, July 26, 2009

Batu Hiasan Jadi Penyeri.



Uji kreativiti kawan-kawan menyusun kedudukannya bagi corak konsep taman.


Penataan taman belatarkan keindahan semulajadi dengan batu hiasan sebagai penyerinya sering menjadi pilihan pemilik kediaman. Kawan-kawan yang ingin mengubah penampilan taman sedia ada boleh berbuat demikian menggunakan batu hiasan.Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik membuatkan taman tampak hebat dan mencuri perhatian.Malah, penggunaan batu hiasan menggurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat.
Kehadiran batu hiasan turut menguji daya kreativiti dan kebijaksanaan kawan-kawan menyusun letak kedudukannya bagi mencorak konsep taman.
Terdapat pelbagai jenis batu hiasan sesuai dijadikan pilihan menutup kelemahan tanah,bergantung kepada elemen tertentu termasuk saiz,permukaan dan warna. Bagaimanapun,pilihan yang dibuat perlu diselarikan dengan konsep penataan taman,bukannya menyakitkan pandangan mata serta memenuhi badget.
Sememangnya batu hiasan berasaskan material yang berongga dan mempunyai pengaliran air dan udara sempurna amat sesuai. Ia menggalakan pertumbuhan lumut dan kombinasi menarik untuk melahirkan suasana semulajadi. Batu hiasan 'limestone' suai diletakkan berhampiran kolam renang sementara batu hiasan berasaskan tanah liat sesuai untuk penampilan taman paku pakis.
Elakan daripada memilih batu hiasan jenis berkilat kerana ia mudah licin ketika hujan. Kawan-kawan ingin mengubah suasana taman,reka letak batu hiasan perlu beralun,bersaiz besar atau rawak. Pilih batu hiasan yang tepat supaya sesuai dengan kemasan lantai ruang kediaman seperti anjung dan ruang santai.
Dalam menyerikan penataan taman,pilih material tahan lama dan dapat menyokong penampilan elemen landskap kejur yang lain. Lokasi kediaman antara perkara yang perlu diteliti dalam memilih batu hiasan sebagai penutup permukaan tanah.
Kawan-kawan yang tinggal dipersisiran pantai dan lokasi berhampiran, batu kapur sesuai dengan kawasan berpasir.

0 comments:

Post a Comment

HINGGA 2MARCH2011

HINGGA 1FEB2011

AWARD FOLLOWER

AWARD FOLLOWER ZON2U

YATSYATI.COM

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

~ BISIKAN HATI HAMBANYA ~

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..
Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...-

BLOGLARIAN

HINGGA 26DIS2010

FOLLOWER AWARD NORGADIS

Create your own banner at mybannermaker.com!

ADD BLOG GIVEAWAY

 

Template by Maya